.jpg)
Demikianlah
ucap kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di persidangan perwakilan
Nasional ke-44 GErakan di Shah Alam pagi tadi.
Lapor
The Malaysian Insider (TMI), Najib berkata demikian bagi mempertahankan kenaikan
kadar tol yang berkuat kuasa pada 15 Oktober lalu berikutan kerajaan enggan
membayar pampasan terhadap syarikat-syarikat konsesi tol terlibat.
Najib
mempertahankan keputusan kenaikan kadar tol lebuh raya itu dengan alasan
kerajaan terpaksa mengurangkan kadar pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)
jika tidak bertindak awal.
Menurut
Najib, kerajaan pada masa ini mempunyai kewangan yang terhad dan terpaksa
menghentikan bayaran pampasan terhadap syarikat konsesi tol dan menggunakan wang
itu untuk pembinaan sekolah, klinik dan memberikan wang kepada rakyat melalui
BR1M.
"Anda
tak naikkan tol, awak bayar pampasan (maka) kurang wang untuk benda lain, kurang
wang untuk BR1M. Jadi anda perlu membuat keputusan kerana akan selalu ada imbal
balik begini kerana dana yang terhad," katanya sebagai reaksi terhadap gesaan
Gerakan agar kerajaan menaikkan jumlah bantuan BR1M dalam Bajet 2016.
Bagaimana
pun, netizen menganggap kenyataan Najib itu sebagai satu ugutan terhadap
golongan rakyat yang menerima BR1M.
"This
leader get piss off soon. His statement getting out of facts!. Ahli politik
haruslah memberikan penjelasan yang memuaskan, bukan ugutan," kata Ahmad.
"Inilah
alasan perompak negara. Tiada kaitan pun BR1M dengan tol. Dia ia dikaitkan
dengan GST. Untuk bayar BR1M nampak sangat UMNO dah habis idea nak menipu
rakyat. Orang kampung tu cubalah buka kepala sikit," kata Musa.
"Najib
tak bayar tol, bolehlah cakap macam tu. Cuba dia drive kereta sendiri hari-hari
meredah jem kemudian bayar tol mahal. Baru dia nak fikir kesusahan rakyat? Atau
kita semua boleh cakap pada Najib, 'Kurang BR1M Kurang Undi BN'. Macam mana? Ada
Berani?" Kata Hijau.
0 Response to ""ANDA TAK NAIKKAN TOL, KURANG WANG UNTUK BR1M" - NAJIB"
Post a Comment