
JEMPOL - Seorang ibu anak tiga dipercayai
dicabul seorang lelaki yang bergelar haji dalam kejadian minggu lalu, di
sini.
Mangsa yang berumur 32 tahun itu dikatakan
dipukau oleh suspek sehingga menyebabkan dirinya dicabul.
Ketua Polis Jempol, Superintendan Hamzah Alias
berkata, pengadu iaitu abang dan ayah mangsa membawanya berjumpa suspek berusia
58 tahun untuk mendapatkan rawatan perubatan Islam.
Menurutnya, rawatan berkenaan dilakukan selepas
mangsa sukar tidur malam akibat gangguan selepas melahirkan anak ketiga.
“Hasil siasatan awal mendapati, mangsa dibawa
ke surau sekitar jam 11.30 pagi bagi tujuan rawatan dan sebelum
ini mangsa telah membuat rawatan sebanyak empat
kali.
"Bagaimanapun pada sesi rawatan kelima, suspek
telah melakukan rawatan cuci rahim dengan mencabul bahagian alat sulit mangsa,
dan mengambil gambar mangsa dengan alasan bagi tujuan rawatan," katanya.
Hamzah berkata, akibat kejadian itu mangsa
memaklumkan kepada ibunya kerana berasa sakit di bahagian alat sulit.
“Suspek juga didakwa menghantar gambar dan
mesej berbaur lucah menerusi aplikasi whatsapp kepada mangsa," katanya.
Kata beliau, tidak tahan dengan tindakan lelaki
itu mangsa kemudiannya buat laporan polis pada Khamis lalu pada jam 8.27
malam.
"Berdasarkan siasatan lanjut, suspek dikenalkan
kepada abang mangsa melalui rakannya sejak sebulan yang lalu dan pernah
mendapatkan rawatan daripadanya," katanya.
Suspek berjaya ditahan jam 10.23 pagi semalam
dekat Batu Kikir dan direman bermula hari ini untuk membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun
Keseksaan.
0 Response to "Apa Nak Jadi, Pak Haji Cabul Pesakit"
Post a Comment