
GUATEMALA CITY - Bekas pelawak TV, Jimmy
Morales yang tidak berpengalaman dalam bidang politik telah memenangi Piliihan
Raya Presiden Guatemala 2015 selepas pendahulunya, Otto Perez Molina meletak
jawatan kerana didakwa terlibat dalam skandal rasuah.
Keputusan rasmi menunjukkan Morales, 46, dan
parti pimpinannya, Parti Barisan Penumpuan Kebangsaan (FCN) memperoleh lebih 72
peratus undi, sekali gus menewaskan saingannya bekas Wanita Pertama, Sandra
Torres.
“Rakyat memberi mandat dan saya berbesar hati
menggalas tanggungjawab ini.
“Fokus utama saya kini adalah untuk memerangi
rasuah yang semakin berleluasa di negara ini. Semoga hidup anda semua dirahmati
Tuhan,” katanya yang menyediakan manifesto hanya setebal enam muka surat.
Difahamkan, Morales mula terjun ke dalam bidang
politik pada 2011 dan ketika itu beliau gagal merebut jawatan Datuk Bandar
Mixco, pinggir Guatemala City.
0 Response to "Pelawak Menang Jawatan Presiden"
Post a Comment