MELAKA – Sekumpulan perompak bertindak nekad apabila meletupkan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) menggunakan bom paip buatan sendiri di AmBank Ayer Keroh Heights di sini.
![]() |
Perompak yang meletupkan mesin ATM AmBank Ayer Keroh, berjaya melarikan lebih RM100 ribu. |
Kumpulan penjenayah yang didalangi lebih daripada dua individu itu dipercayai melarikan wang tunai lebih RM100,000.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, perompak tersebut dipercayai memasang bom paip atau dikenali sebagai improvised explosive device dengan menyalurkannya ke dalam sebuah lubang iaitu tempat duit dikeluarkan.
“Hasil siasatan awal mendapati, bom paip yang digunakan kumpulan penjenayah ini merupakan bom berkuasa rendah dihasilkan daripada mercun yang menggunakan satu sumbu.
“Kesemua mereka mengambil masa kurang daripada 10 minit untuk meletup dan melarikan wang daripada mesin ATM terbabit,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.
0 Response to "ATM AmBank Di Letupkan Di Ayer Keroh, Lebih RM100 Ribu Dilarikan"
Post a Comment