Baru-baru
ini, pengarah drama M.A.I.D, Michael Ang, meluahkan rasa kurang senangnya di
Twitter terhadap kemenangan Sufi sebagai juara program realiti Akademi Fantasia
(AF) 2015. Bagaimanapun, Edry selaku pengetua AF2015 berpandangan bahawa,
pendapat Michael itu tidak relevan dan tidak perlu diambil pusing kerana dia
penggiat muzik.
Tweet
Michael itu juga mencetus kemarahan warga Singapura yang kemudian bertindak
menyerang akaun sosialnya bertalu-talu.
Enggan
membiarkan diri disalah anggap oleh rakyat Singapura, serta mahu membalas
kenyataan Edry,
Michael
yang kemudiannya memuat naik kenyataan terbaru mengenai isu itu melalui laman
Instagramnya.
“Pada
org Singapura sila faham saya bukan anti Singaporean untuk bertapak di Malaysia!
Saya hanya komen pasal Sufi as a MATTER OF PREFERENCE! Saya tak pernah
mempertikaikan kemenangan Sufi, dia boleh nyanyi dgn bagus tapi cuma saya tak
minat sangat lebih minat suara BILA itu namanya PREFERENCE.
"Ada
benda u suka I tak suka, ada benda I suka u tak suka! That is all! So tak payah
nak bagi komen yang berbau racist or patriotisma! And pada keratan surat khabar
ni saya bagi pendapat sebagai peminat and pendengar muzik. Kalau pendapat kita
yg beli lagu tak relevant pendapat siapa yg relevant? Itu namanya buat lagu SYOK
SENDIRI!
"Sama
jugak pendapat CHE TA Dia sepatutnya terima bukan maki Che Ta balik! So kalau
tak main badminton aku tak boleh la komen pasal permainan pemain tersebut?
Mentality bodoh apa ke tu? Jgn jadi katak bawa tempurung kalau tak mcm tu mcm tu
aje lagu2 kita!” katanya.
Segelintir
netizen bersetuju dengan kenyataan Michael bahawa Edry tidak boleh menerima
teguran dan melenting apabila ada pihak yang mempertikaikan sesuatu isu
berkenaan AF2015.
- THEHYPEMEDIA.COM

0 Response to "BENGANG DENGAN TINDAKAN EDRY MICHEAL ANG MENGAMUK SEKALI LAGI! HINA HASIL KERJA EDRY"
Post a Comment