Mesej sahabat saya kepada saya,“DS Rosmah pakai
Handphone biasa sahaja, not even a smartphone”. Saya terkejut, lalu saya katakan
kirimkan gambar itu segera, kerana saya tahu rakyat mahu melihatnya. Perincian
cerita: Semalam dalam satu majlis Ramadan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di
Bukit Tungku, Selangor, kemesraan YAB Perdana Menteri DS Najib Tun Razak dengan
YAB Menteri Besar Selangor TS Khalid Ibrahim menjadi viral di media siber.
Malahan, rakan media saya di Jakarta menghantar
pesanan ringkas kepada saya, apakah TS Khalid Ibrahim akan menyertai UMNO kerana
tekanan kuat dalam PKR yang mahukan beliau turun takhta. Saya berkata, jika pak
Jusuf Kalla dari parti Golkar bisa bekerjasama dengan Partai PDI-P, masakan di
Malaysia tidak bisa. Dia menjawab, “he he he…”.
Apa pun, di sebalik mata merasa seronok melihat
kemesraan-kemesraan perbuatan dan ucapan-ucapan di antara dua tokoh ini, ada
sesuatu yang tidak disedari oleh khalayak. Namun, sahabat saya berjaya mengambil
gambar eksklusif Datin Seri Rosmah Mansur.
Mesej sahabat saya itu kepada saya, “DS Rosmah
pakai Handphone biasa sahaja, not even a smartphone”. Saya terkejut, lalu saya
katakan kirimkan gambar itu segera, kerana saya tahu rakyat mahu
melihatnya.
DS Rosmah Mansur adalah seorang ibu yang
sederhana, seorang isteri kepada Perdana Menteri Malaysia yang sederhana, yang
kesederhanaannya tidak dilihat mungkin kerana beliau menunjuk-nunjuk
kesederhanaan itu. Beliau boleh sahaja memakai handphone jenama terkini jika
beliau mahu.
Jika beliau yang selalu dimomokkan dengan pelbagai tuduhan liar oleh pihak
tertentu, sudah tentu beliau boleh sahaja memakai handphone jenama IPhone 5S
jenama baharu atau Samsung jenama terkini. Tetapi, DS Rosmah mengeluarkan
handphone jenis lama yang bukan smartphone pun dari beg tangannya!
Selama ini, beliau akan menerima baik sesiapa sahaja yang memerlukan
kehadirannya, walaupun kadang-kadang majlis itu akan membawa impak negatif
kepadanya, tetapi kerana menghormati jemputan penganjur, beliau menghadirkan
diri juga. Itu adalah kesederhanaan dalam sikap dan cara membuat
keputusan.
Beliau hadir semalam dalam majlis Yayasan Pendidikan Cheras, malah
kenyataan beliau hanya tidur lebih kurang 4 jam sehari membayangkan pengorbanan
beliau kepada rakyat dan negara.
Beliau tidak kekok mendekatkan dirinya dalam majlis-majlis agama, majlis
bersalawat ke atas Rasulullah SAW, majlis membaca yassin dan tidak lupa
menunaikan umrah di Mekkah. Semua ini adalah kasihsayang Allah SWT kepada
hambaNYA. Saya yakin Allah SWT akan melindunginya dan memberi hidayah-hidayah
yang berterusan kepadanya.


0 Response to "OMG ! Pasti Anda Terkejut Dengan Handphone Yang Digunakan Oleh Datin Sri Rosmah Ini"
Post a Comment