
GAMBAR HIASANKECEWA tidak mampu memberikan susu badan kepada anaknya,
seorang wanita bertindak drastik dengan terjun dari tingkat 16 sebuah pangsapuri
di Bangsar South.
Wanita
terbabit yang baru sahaja 10 hari melahirkan anak dikatakan amat tertekan dengan
keadaan tersebut sehingga memaksa dirinya mengambil jalan mudah.
Memetik
laporan The Star Online, wanita yang dipercayai seorang akauntan
berusia 30 tahun itu telah menyerahkan anaknya kepada pembantu rumah untuk
diberikan susu selepas bayinya itu menangis dan masuk ke dalam bilik.
Semasa
di dalam bilik dia dipercayai nekad terjun sebelum mayatnya ditemui oleh
pengawal keselamatan dalam keadaan berlumuran darah di tingkat bawah.
Mangsa
disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Polis mengklasifikasikan kes
berkenaan sebagai kematian mengejut.
Ketua
Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Shahrul Mansor berkata, mengikut
keterangan pembantu rumah, sebelum kejadian majikannya itu sedang menonton
televisyen di ruang tamu sebelum dia dipanggil untuk mengambil anaknya dan
diberi makan.
Wanita
itu, yang namanya tidak didedahkan, dikatakan tidak mampu menghasilkan susu
badan untuk menyusukan anaknya.
“Pembantu
rumah itu membawa bayi masuk ke dalam bilik lain dan memberikannya susu. Apabila
datang kembali untuk menyerahkan bayi, dia tidak menjumpai majikannya
itu,” kata ACP Sharul.
Menurut
beliau lagi, pembantu rumah itu dikatakan baru bekerja selama dua minggu
manakala suaminya berada di rumah keluarganya di Petaling Jaya pada masa
kejadian.
Difahamkan,
ibu si mati telah datang melawatnya dan bayi sehari sebelum tragedi itu.
“Menurut
kata si suami, isterinya berada di bawah tekanan kerana tidak dapat menyusukan
bayi dan menyatakan bahawa dia bosan apabila hanya duduk di rumah kerana tiada
kerja yang boleh dilakukan,” katanya.
Polis
mengesahkan tiada unsur unsur jenayah dan mayat mangsa telah dibawa ke Pusat
Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat. – MYNEWSHUB.CC
0 Response to "BUNUH DIRI KERANA KECEWA GAGAL BERI ANAK "SUSU BADAN""
Post a Comment