
Sebuah
laman community Facebook mendakwa seorang gadis telah meninggal dunia semalam,
akibat dir*gol oleh abang sendiri. Lebih memilukan, kejadian berlaku ketika ibu
bapa mereka berada di tanah suci bagi mengerjakan ibadah haji.
Mangsa
dikatakan meminta pertolongan daripada admin laman berkenaan untuk meminta
pendapat selepas cubaan r*gol dilakukan abangnya di sebuah rumah di
Cyberjaya.
Mangsa
kemudiannya, dikatakan melarikan diri ke rumah saudara Perak selepas dir*gol dan
mengalami pendarahan serius apabila satu objek turut dimasukkan ke dalam
kemaluannya ketika si abang melakukan perbuatan terkutuk tersebut.
Pemeriksaan
doktor di sebuah hospital di Perak didakwa mengesahkan mangsa dir*gol namun
laporan polis yang dibuat oleh saudara mangsa mendakwa perbuatan tersebut
dilakukan oleh orang tak dikenali atas alasan mahu menjaga aib
keluarga.
Justeru
selepas mangsa meninggal dunia, admin laman berkenaan cuba mendapatkan keadilan
untuk mangsa dengan berkongsikan kes ini di FB mereka.
Berikut
cerita penuh yang tersiar di laman FB berkenaan kisah mangsa:
Salam
bangsa KHK,ada 1 perkara yang aku nak cerita dan mohon bantuan dari korang yang
berkenaan..
Minggu
lepas inbox KHK telah didatangi seorang gadis yang ingin meminta
pendapat..
Selepas
menghantar orang tuanya ke airport untuk tunaikan haji,dia dan abang dia balik
kerumah abang dia di Cyberjaya..
Dan
didalam rumah itu abang cuba untuk mer*gol dia,namun gagal pada percubaan
pertama.. Kemudian aku menasihati dia supaya tinggalkan rumah tu dan cuba
uruskan transport untuk dia,malangnya gagal atas beberapa
sebab..
Abang dia
berjaya mer*gol dia sebanyak 2 kali,dan abangnya juga memasukkan sesuatu objek
kedalam kemaluan dia menyebabkan pendarahan yang serius..
Selepas
kejadian tu serta merta dia lari balik kampung di Perak tanpa dia menyedari
kecederaannya sangat serius..
Atas
desakan aku akhirnya dia pergi juga kehospital,dan doktor bertugas mengesahkan
dia dir*gol..
Agak
malang apabila sepupu yang menghantarnya ke Hospital membuat laporan polis
mengatakan dia dirogol oleh orang yang tak dikenali dengan alasan mahu menjaga
aib keluarga.Isteri abangnya pun merayu agar kes ini tidak dipanjangkan demi
masa depan keluarga katanya..
Namun aku
berkeras suruh dia pergi buat laporan polis berdasarkan cerita sebenar agar
nasib dia terbela dan dia bersetuju akan buat selepas keadaannya beransur
pulih..
Dan pagi
ini aku mendapat berita yang menyedihkan,bahawa dia telah pun meninggal dunia
pada pukul 7:45 pagi tadi..
Akaun
Facebook abang dan kakak ipar dia pun telah lenyap..
dan esok
orang tuanya akan balik dari Mekah..
Jadi aku
nak minta tolong kepada sesiapa yang belajar atau bekerja dalam bidang
undang-undang (lawyer),inbox page untuk aku bertanya macam mana bela kematian
dia serta kos2 yang terlibat..
Ada mesej
dia tinggalkan sebelum dia meninggal,iaitu menegakkan keadilan bagi
pihaknya..
Aku
merayu kepada semua bangsa KHK agar doakan aku mendapat kekuatan untuk
menunaikan permintaan terakhir dia..
Terima
Kasih dan Assalamualaikum
p/s :
nama arwah terpaksa dirahsiakan sehingga kes ini dibuka..
Kisah ini
segera mendapat perhatian netizen termasuk peguam sendiri. Berikut
antara yang tampil membantu dari segi pandangan:
Update
terbaharu mengenai kes ini oleh admin menyatakan, seorang rakan mangsa yang cuba
membuat laporan polis untuk membetulkan laporan pertama yang dibuat oleh saudara
mangsa mengalami kesukaran apabila surat mati arwah berada di tangan makciknya
yang dikatakan tidak mahu membesarkan cerita.
Bagaimanapun
difahamkan, ibu bapa mangsa yang dijangka tiba ke tanah air dari Makkah pada
hari ini sudah maklum akan kejadian ini dan akan menguruskannya.
Sekiranya
cerita ini benar, sama-sama kita doakan keadilan tertegak buat
mangsa.
Dan jika
kisah ini benar juga, memang malanglah buat ibu bapa mangsa yang rupa-rupanya
telah melahir dan membesarkan seekor syaitan selama ini… (Gambar
Hiasan)
Credit–
MYNEWSHUB.CC
0 Response to "Gadis ini maut dikerjakan abang ketika keluarga kerjakan Haji"
Post a Comment