INILAH GURU PALING TERUK DI DUNIA!!! MUAT TURUN GAMBAR BOGEL ANAK MURIDNYA DI WECHAT


CHINA - Ini mungkin guru yang paling teruk di dunia atau antara yang paling pelik. Seorang guru wanita di sebuah tadika mengarahkan 20 murid lelakinya bergambar dalam keadaan tanpa seurat benang yang kemudiannya memuat naik gambar itu di laman WeChat mendakwa dia mempunyai alasannya sendiri berbuat demikian.

Guru tadika tersebut, Ma, berkata, dia mahu mengajar anak muridnya mengenai pendidikan seksual dan membantu mereka memahami erti kehidupan. Ma memuat naik gambar-gambar itu di WeChat kerana berpendapat muridnya itu kelihatan comel.


Lapor Sina, insiden itu berlaku ketika cuaca pada hari tersebut sangat panas. Bagi menjaga privasi murid lelakinya, Ma telah mengarahkan murid perempuan pergi ke bilik kelas yang lain.

Sudah tentu, pihak tadika tidak memaklumkan cara pendidikan itu kepada ibu bapa murid. Jadi anda boleh bayangkan betapa terkejutnya ibu bapa murid apabila ternampak gambar tanpa seurat benang anak mereka di laman WeChat, dengan melindungi alat sulit mereka dengan tangan dan berposing di lantai dalam bentuk hati.


Selepas melihat gambar itu, ibu bapa murid terbabit mengelar guru itu gatal dan meminta dia dipecat serta merta. Netizen juga mengecam tindakan guru itu selepas gambar itu mula tersebar di media sosial.

"Kalau anak aku dibuat macam ni di tadika, aku bunuh cikgu tu!," kata netizen 

Bagaimanapun guru dan pemilik tadika itu telah pun memohon maaf di atas insiden berkenaan. Namun tiada sebarang laporan yang menyatakan guru terbabit diberhentikan kerja.
 
 

- THEHYPEMEDIA.COM

Related Posts :

0 Response to "INILAH GURU PALING TERUK DI DUNIA!!! MUAT TURUN GAMBAR BOGEL ANAK MURIDNYA DI WECHAT"

Post a Comment