Keluarga Mangsa Yakin Pemandu Teksi Tidak Terbabit Dalam Penculikan

Keluarga kanak-kanak yang diculik di Kajang baru-baru ini yakin 100 peratus pemandu teksi, Hanizan Mohamad Radzi tidak terlibat dalam kes penculikan itu.


Keluarga mangsa yakin pemandu teksi TIDAK terbabit dalam Penculikan
Keluarga mangsa yakin pemandu teksi TIDAK terbabit dalam Penculikan


Bapa kepada kanak-kanak itu, Lee Kim Wen berkata, dia sekeluarga bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada Hanizan kerana telah membantu membawa anaknya pulang dengan selamat.

Bagaimanapun, Kim Wen berkata, mereka sedih kehidupan Hanizan dan keluarga terjejas selepas kejadian itu.

“Kami ingin menegaskan bahawa perbuatan beliau merupakan sesuatu yang sangat mulia dan kami dengan ikhlasnya berharap penjelasan kami melalui kenyataan akhbar ini akan mengembalikan keadilan kepada Hanizan dan ahli keluarganya agar reputasi beliau dapat dikekalkan,” kata Kim Wen.

Kenyataan dia itu disiarkan dalam ruangan notis berbayar dalam akhbar tempatan bagi membersihkan nama Hanizan yang terjejas selepas ditahan bagi membantu siasatan kes culik berkenaan.

Hanizan dibebaskan 16 Oktober lalu selepas seminggu ditahan reman.

Sebaik dibebaskan, dia merayu pihak polis supaya membersihkan namanya yang terjejas teruk terutama ahli keluarganya yang dipandang serong oleh masyarakat.

Tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia didakwa kerana menculik dan meminta wang tebusan RM300,000. Siasatan polis mendapati perancang utama penculikan itu merupakan ahli perniagaan yang mengalami masalah kewangan. - FMT News

Related Posts :

0 Response to "Keluarga Mangsa Yakin Pemandu Teksi Tidak Terbabit Dalam Penculikan"

Post a Comment