Sikap orang kita yang
terlalu cepat menilai dan menghukum orang memang sudah lali sejak dari dulu
lagi, bukanlah nak menjatuhkan kaum sendiri. Tetapi apa yang dikatakan oleh
wanita ini memang fakta dan cukup mendalam kepada kita semua.
Tabiat yang seolah-olah suka
‘meraikan’ kematian seseorang, sehingga menyukarkan keluarga si mati melakukan
perkara yang sepatutnya dilakukan. Mungkin bukan semua tetapi kebanyakan
daripada mereka yang bersikap begini.
Perkongsian daripada seorang
netizen ini akan membuka mata kita semua. Anda setuju atau tidak, itu terpulang
dengan anda. Renung-renungkan

Minta tolong sangat...
janganlah raikan kematian.. bayangkan sedara mara datang menziarah si mati dan
keluarga si mati, tujuannya supaya sama2 berkumpul sedekahkan doa dan ayat2 suci
alquran, tapi malangnya masa semua ahli keluarga banyak diluangkan di dapur, di
pasar.. bertungkus lumus menyediakan macam2 menu. Tak sedihkah kalau yg mati itu
kita.. frown emoticon
BUAT MEREKA YANG MASIH SUKAR
MENOLAK KENDURI ARWAH.
Catatan daripada FB Fatimah
Baihaqi.
Kenduri arwah itu
WAJIB?
Persoalan sy selama ini
terjawab juga dlm Al-Kuliyah ptg ini.
Sy sering ade rase tidak puas
hati apabila ada saje kematian dlm sebuah keluarga, maka keseluruh ahli keluarga
akan bersibuk2 menyediakan makanan buat tetamu yg hadir sedangkan pd masa itu
suasana teramat2 sedih.
Teramat2 sayu.
Sy teringat waktu kematian
arwah ayah saya. Waktu itu kami sekeluarga berada dlm keadaan ekonomi yg agak
meruncing. Kami hilang satu kudrat, tulang belakang kami yg menyara hidup kami.
Saye pula baru saja 3 bulan lebih bekerja. Masa tu gaji kecil sgt. Tolak itu,
tolak ini, hanya tinggal beberapa ratus utk teruskan hidup sementara tggu gaji
bulan seterusnya.
Bila terima kematian ayah
tercinta. Hati bagai dilanggar garuda. Sedihnya x terkata. Ayah meninggal waktu
sy ada bersama2nya.
Selesai urusan pengebumian, sy
lihat saudara mara sudah sibuk bertanyakan tntg kenduri arwah yg akan
dijalankan.
Pada masa itu, sy rasa
terhimpit sgt. Dengan keadaan gaji cukup2 makan, sy terpaksa korek sana sini,
kongsi adik beradik duit sekadar ada utk menjayakan permintaan orang-orang yg
lebih dewasa yg mahu kenduri arwah. Saya biarkan emak berehat, sebab dia terlalu
lemah, terlalu sedih dgn pemergian abah, jd sy n adik beradik yg uruskan semua
dan saudara mara bantu masak2.
Pada waktu itu, keadaan nya
saling x tumpah seperti sedang MERAIKAN sebuah kematian, sedangkan keluarga kami
baru sahaja kehilangan abah. Senario ini biasa sy lihat dilakukan oleh org
dewasa, seolah-olah sudah menjadi adat yang hukumnya WAJIB. Sy keliru pd waktu
itu.
Mengapa perlu ada hukum
sebegini sedangkan sebenarnya mengadakan kenduri sgt menyusahkan kami sekeluarga
kerana menelan belanja yg besar?
Dek kerana kenduri yg menelan
belanja yg besar, maka kami terpaksa tangguhkan dulu nak beli batu nisan utk
kubur arwah abah. Bayangkan, waktu itu batu nisan yg x sampai rm 500 pon kami x
mampu nak beli sbb dah byk habis duit pd kenduri.
Kami mmg susah waktu itu sbb
lps abah jatuh sakit, pendapatan kami sekeluarga sgt teruk. Kami makan sekadar
ada. Tiada yang mewah2. Berlaukkan telur goreng dgn kicap juga sudah cukup
syukur. Lebih dari itu, kami adik beradik sudah sebati hidup susah. Tubuh kami
juga sudah pernah menjamah tidur di atas simen beralaskan kotak tanpa tilam
empuk tanpa bantal.
Sudahnya, hanya selepas
beberapa bulan, baru kami mampu beli batu nisan sebagai tanda kubur abah,
menggantikan 2 batang kayu dgn sedikit rimbunan bunga yg abg sy cacakkan
sementara menunggu batu nisan dibeli.
Namun apa yg sy dengar dr
ceramah Al-Kuliyyah hr ni menjawab terus segala kemusykilan sejak sekian
lama.
Ustaz beritahu, org Melayu
kita sudah terlalu byk terpesong dgn adat. Kita beramal tanpa ilmu dan
menjadikan adat sebagai rujukan utama berbanding Al-Quran dan sunnah. Hasilnya,
masyarakat kita terjerut sendiri dgn adat ciptaan manusia.
Pada zaman Rasullullah,
apabila mana berlakunya kematian, Rasullullah akan mengumpulkan sahabat dan
menyuruh mereka menyediakan makanan utk keluarga simati demi meringankan beban
keluarga. Sunnahnya begitu. Tapi apa org Melayu kita buat? Bercanggah bukan?
Cukup sy katakan, keadaan yg kami sekeluarga alami suatu ketika itu suatu adat
yg membunuh kami.
Bukanlah tidak boleh keluarga
simati mengadakan kenduri tahlil utk arwah. Tapi biarlah kena pada waktunya,
iaitu apabila keadaan kesedihan keluarga kembali reda. Keluarga pula telah
menyelesaikan semua perkara yg bersangkut paut dgn arwah, dan keluarga mempunyai
wang yg mencukupi utk menjamu tetamu yg dtg. Bukanlah seperti skrg, asal sahaja
ada kematian, pasti akan menyusul kenduri tahlil 3 malam berturut2 yg menelan
belanja yg besar. Seolah2 jika tidak kenduri, maka keseluruh ahli keluarga itu
berdosa.
Walaupun sekarang
alhamdulillah sy mampu dgn rezki yg Allah bg, tp sy tidak sesekali menyokong
adat yg terpesong dr sunnah itu. Sbb sy dah rasa susahnya ketika itu. Sy x mahu
org lain rasa apa yg kami rasa. Sebab itu sy tidak kisah jika tidak dihidangkan
minuman sekalipun jika melawat org meninggal. Keadaan itu sy dah
alami.
Beramallah dgn ilmu. Bila mana
terlihat sesuatu yg pelik, maka berusahalah utk cari kebenaran. Ilmu itu perlu
dicari. Bukan dtg bergolek sendiri. Adat tidak semestinya benar dan wajar
dituruti. Mana yg bercanggah, perlu dibuang terus. Mana yang baik,
teruskan.
Sy berharap sgt agar satu hari
nanti ada kesedaran dr golongan yg terlebih dewasa utk memahami perkara ini.
Memang skrg masih lg adatnya begitu. Tapi jika lebih ramai yg bersuara tegakkan
perkara yg benar, insya Allah adat yg pelik lg menyusahkan itu boleh
dihapuskan.
?#?hidup? biar bersandar Al-Quran dan sunnah
?#?boikot? adat merepek
Sumber : Facebook Suraida Rahmat VIA OHBULAN
0 Response to "“Kenduri Arwah itu Wajib? Orang Melayu Kita Sudah Terpesong”"
Post a Comment