
Mengakui
lebih bahagia hidup solo bersama anaknya tanpa kehadiran mana-mana lelaki,
Izreen Azminda ingin menafikan dakwaan sesetengah pihak yang beliau anti
lelaki.
Izreen
tidak kisah jika sesiapa ingin berkawan dengan beliau, tetapi jika seseorang
lelaki itu sudah mula bertanyakan soal cinta beliau memang tolak
habis-habisan.

Saya belum mahu ada sebarang komitmen yang begitu serius dengan mana-mana lelaki buat masa ini. Setakat berkawan sahaja bolehlah tetapi kalau nak lebih-lebih, saya angkat kaki. Saya bukan anti lelaki. Tetapi saya tidak akan buka sedikitpun ruang cinta dalam hati saya ini kepada mana-mana lelaki buat masa ini.Sebab apabila ada teman lelaki nanti, saya rasa lebih susah pada diri sendiri. Saya ini pula kalau bercinta memang akan ‘cinta mati.’ Kalau tengah hangat bercinta, masa dan fokus saya hanya pada teman lelaki, nanti yang lain-lain semua ke laut. Jadi, bila tiada sesiapa yang istimewa, saya rasa lebih tenang dan gembira.
Boleh
dikatakan kehidupan Izreen kini lebih teratur kerana sudah mampu berjaya
memiliki kediaman dan kereta mewah hasil lakonan serta perniagaan baharu
beliau.

Saya ada tanggungjawab besar untuk beri pendidikan sempurna kepada anak. Lagipun sejak dua, tiga tahun ini saya sangat workaholic. Saya kerja non stop. Jadi saya rasa berbaloi untuk manjakan diri sendiri dengan kereta baru dan rumah baru sebagai balasan penat lelah kerja selama ini.
Yeah,
itulah semangat yang harus ada dalam diri setiap wanita, ye kita perlukan kasih
sayang tetapi jika banyak orang yang hanya ingin melukakan rasanya lebih baik
jangan masuk dalam perangkap.
0 Response to "Kenyataan Balas Pelakon Izreen Azminda Apabila Di Label Artis Lesbian"
Post a Comment