Bintang terkemuka di Hollywood, Lady
Gaga telah menerima gelaran serta anugerah Women of The Year Billboard untuk
tahun 2015.
Penyanyi berusia 29 tahun itu berjaya mengatasi
dan menggantikan Taylor Swift yang merangkul gelaran tersebut tahun
lepas.
Anugerah yang dianjurkan oleh Billboard dengan kerjasama rangkaian televisyen Lifetime itu adalah untuk mengetengahkan serta menghargai penyanyi wanita yang berada dalam industri muzik tempatan.

Don Mischer Production yang pernah menghasilkan
beberapa majlis seperti Anugerah Billboard, Oscars, Emmy dan Superbowl Halftime
akan mengendalikan majlis tersebut buat kali pertama di
televisyen.
Majlis pada 1 Disember ini di Cipriani Midtown, New York, sebelum ini turut meraikan wanita dalam industri muzik seperti Ariana Grande, Jessie J, Idina Menzel, Charli XCX dan ramai lagi.
Nama-nama selebriti wanita lain yang akan diberi penghargaan serta diraikan dalam majlis tersebut tahun ini akan dikeluarkan tidak lama lagi.

–mynewshub
0 Response to "Lady Gaga Terima Gelaran ‘Women Of The Year Billboard 2015’"
Post a Comment