
“Saya
dirogol, hampir setiap malam dan saya tidak dapat berbuat apa-apa mengenainya.
Mereka beritahu saya, saya boleh dibunuh jika saya buka mulut, dan tiada siapa
yang tahu apa yang saya lalui.”
Itulah kata-kata membanggakan seorang
budak lelaki berusia 15 tahun yang dikatakan menjadi mangsa kepada satu siri
rogol yang didakwa dilakukan oleh dua lelaki yang bertanggungjawab terhadap
rumah kebajikan kanak-kanak di Jinjang.
Rumah kebajikan di sebelah kuil
itu dikaitkan dengan kes rogol dan dera secara seksual kanak-kanak lelaki di
bawah jagaan mereka, manakala dari segi fizikal menyalahgunakan kanak-kanak
perempuan yang turut tinggal di sana.
Kanak-kanak lelaki yang enggan
namanya disiarkan, memberitahu The Rakyat Post bahawa pengalaman pahit beliau
berlarutan selama hampir dua tahun dan dengan wajah ketakutan di matanya,
berkata penderaan seksual itu bermula hanya seminggu selepas ibu bapanya
menghantarnya ke rumah.
“Satu malam, saya dipanggil masuk ke dalam bilik
yang menjadi tempat tinggal pemilik rumah itu. Di situ, dia meminta saya
menyentuhnya, saya enggan dan melarikan diri.
“Saya balik ke bilik saya
dan memberitahu rakan sebilik apa yang berlaku dan dia berkata, kejadian itu
biasa, dan saya sepatutnya buat apa yang mereka minta atau mereka akan bunuh
saya.
“Sejak itu, mereka merogol saya berulang kali. Kami mengingati
rutin yang selalunya dibuat dari jam 1 pagi hingga 5 pagi, di bilik stor rumah
berkenaan.
“Ada tanah luas di belakang rumah dan mereka kata, mereka
boleh buat apa saja yang mereka inginkan, mereka boleh bunuh saya, tanah saya di
situ dan malah, ibu bapa saya tidak akan dapat mencari saya.”
Beliau
menceritakan dengan jelas hari dia diselamatkan, iaitu pada 8 Oktober lalu
apabila abang pengasas memaklumkan kepada ibu bapa dan beberapa orang lain untuk
mengambil anak-anak mereka kerana individu di rumah kebajikan itu melakukan
“perkara tidak baik” terhadap kanak-kanak itu.
Seorang lagi kanak-kanak
lelaki turut mendakwa diperlakukan perkara yang sama dan beliau gembira dapat
keluar dari `neraka’, ketika ramai antara kawannya masih tinggal di
situ.
Ketika ini, beliau hanya mampu berharap rakan-rakannya itu dapat
diselamatkan.
Bapa kepada salah seorang kanak-kanak yang mendakwa
dirogol, berkata dia cuba untuk mengambil anaknya dari rumah kebajikan itu,
beberapa kali, tetapi selalu gagal berjumpa anaknya kerana pemilik rumah
terbabit mendakwa ibu bapa perlu melalui beberapa prosedur sukar terlebih
dulu.
“Sekalipun, apabila saya cuba membawa anak keluar semasa Deepavali,
mereka tidak membenarkan dan memberitahu saya, saya perlu melakukan ini, dan
ini, sebelum saya boleh melihat anak saya.
“Saya tidak tahu apa yang
berlaku sekalipun saya mengesyaki ada yang tidak kena, sehinggalah bulan lalu,
apabila seorang kawan kepada abang pengasas (rumah kebajikan) menghubungi semua
ibu bapa dan memberitahu kami apa sebenarnya yang berlaku di dalam rumah itu,”
kata lelaki yang mahu dikenali sebagai Ravi.
Anak lelaki Ravi dihantar ke
rumah kebajikan berkenaan pada usia 9 tahun, dan menurut Ravi, anaknya yang kini
berusia 16 tahun mendakwa dirogol berulang kali sepanjang tujuh tahun berada di
sana.
“Dia enggan bercerita mengenai apa yang berlaku kerana saya fikir,
dia sangat trauma.”
Sekurang-kurangnya empat kanak-kanak lelaki
menegsahkan dirogol selepas ujian perubatan yang dikendalikan doktor di Hospital
Kuala Lumpur menemui bukti penderaan sesual.
The Rakyat Post semalam
menghubungi Ketua Polis Sentul Assistan Komisioner R Munusamy yang mengesahkan
kedua-dua pemilik rumah kebajikan dan pengasasnya ditahan reman bagi siasatan di
bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan.
Seksyen ini memperuntukkan kesalahan
paksaan liwat atau rogol liwat, dan sehingga kini, usaha untuk menghubungi rumah
kebajikan berkenaan gagal.
- The Rakyat Post
0 Response to "'Saya dirogol hampir setiap hari di rumah kebajikan'"
Post a Comment