
Ehem, nampaknya filem terbaru
lakonan Izara Aisyah yang berjudul Sinaran arahan Osman Ali bakal membuatkan
nama gadis ini menjadi sedikit panas.
Mana taknya, baru-baru ini,
Izara dikatakan ada melakukan aksi bercium di dalam filem tersebut. Haa, dah
confirmlah akan jadi bualan kan?

Bagaimanapun, Izara menafikan
perkara berkenaan dan memberitahu dia tidak melakukan adegan tersebut. Ianya
hanyalah helah kamera semata-mata.
Saya tak cium dan tak kena
pun, tetapi bunyi ciuman sahaja yang lebih. Biasalah dalam lakonan akan
menggunakan camera trick untuk menunjukkan perkara tersebut betul-betul
berlaku.
Bagaimanapun, pelakon yang
sedang dilamun cinta dengan anak tiri Dato’ Siti Nurhaliza ini tetap bimbang
mengenai reaksi masyarakat berhubung perkara berkenaan.
Saya okay sahaja ketika
melakonkan babak tersebut tetapi masih memiliki sedikit kerisauan dengan
maklumbalas negatif penonton. Saya harap penonton faham dan tidak menghukum,
kerana saya memang tidak mencium Syarif.
Tak apalah Izara. Dah namapun
berlakon, takkan pengarah nak suruh pelakon buat adegan yang bukan-bukan. Betul
tak?
Sumber: Media
Hiburan
0 Response to "DIKATAKAN BERCIUM DALAM FILEM, IZARA AISHAH NAFIKAN, HANYA BUNYI SAJA YANG LEBIH"
Post a Comment