
BULAWAYO – Seorang anggota
tentera wanita Zimbabwe terlepas daripada hukuman penjara selepas suaminya,
anggota polis, menarik balik dakwaan dia didera secara fizikal.
Onwell Mtetwa, 36, dikejar
oleh isterinya, Martha Mtetwa, 26, minggu lalu selepas dia pulang dengan
menunjukkan seluar dalam seorang pela--cur yang dilanggannya.
“Saya mengadakan se--ks dengan
seorang pel---acur,” kata Mtetwa sambil menunjukkan seluar dalam
itu.
Martha yang terkejut dan
berang mengejar suaminya dan melontar batu sehingga lelaki itu terpaksa keluar
rumah menerusi tingkap dan bersembunyi di dalam kereta.
Wanita itu kemudian memecahkan
cermin kereta berkenaan dan cuba menikam suaminya sambil berkata, perkelahian
itu hanya akan berakhir jika seorang daripada mereka mati.
Di mahkamah semalam, Martha
mengaku bersalah terhadap tuduhan mendera suaminya secara fizikal.Hakim
bagaimanapun membebaskannya selepas suaminya menarik balik tuduhan itu.
0 Response to "PELIK!! GADUH ANGKARA SELUAR DALAM SAMPAI NAIK 'COURT'"
Post a Comment