
Kes petang tadi di
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sungai Petani.
Dua minggu lepas, aku
pergi JPN nak buat MyKad sebab kena ragut. Aku dapat kaunter nombor tujuh. Nama
pegawai dia Rezuan. Dia kata aku cuai menyebabkan diri kena ragut dan aku kena
bayar denda.
Aku tanya balik pada
dia, apa kecuaian aku? Awat aku saja-saja pergi tadah bagi kena ragut ka?
Selepas itu, aku beritahu yang polis kata tak dikenakan denda sebab ini pertama
kali MyKad aku hilang. Itu pun sebab kena ragut. Aku beritahu sekadar info yang
aku tahu.
Dia jawab balik pada aku
seperti ini:
"Kalau hang dah kata
macam tu, hang mai sini buat apa? Hang pi sajalah buat MyKad di Balai Polis tu
dah nak dengar cakap polis sangat,".
Alamak?! Kau dah buat
aku bengang. Dengan kasar aku tanya balik, "Boleh ka buat MyKad di Balai Polis?!
Boleh ka?!"
Pandai pula dia jawab
tak boleh. Jadi dah tahu tak boleh, kenapa suruh pergi balai polis buat
MyKad?
Aku sabar, aku diam
lagi. Tetapi hari ini sekali lagi Rezuan itu menunjukkan belangnya dan perempuan
di Kaunter 8 pula bercakap kancing-kancing gigi lagi, uishh! Dahsyat mereka ni,
saja nak buat aku ungkit balik cerita. Ingat aku ini jenis tunduk saja ka kalau
mereka bersikap biadab?? Jenis angguk-angguk saja dan mereka sewenang-wenangnya
boleh memperlekehkan aku di tempat awam?
Kalau aku viral, kau
kata aku ambil jalan mudah. Tetapi pengajarannya kau kena ambil jangan malukan
orang, jangan perlekehkan orang di tempat awam sebab orang lain pun malu sama
macam kau malu sekarang bila dah kena viral.
Tak payah bangga dan
perasan hebat bila kau duduk di kerusi kerajaan. Sebab esok kau mati bukan
mereka tanam di situ pun. Mereka tanam kau sama tempat juga dengan orang kutip
botol tepi jalan. Tak ada beza okay.
Kami pergi bukan minta
pertolongan kau tetapi minta perkhidmatan kau sebab kau pekerja. Cukup bulan
ambil gaji, bukan percuma. Hormat orang kalau nak orang hormat kau. Orang
berbudi, aku berbahasa. Tapi kalau cara kau pun biadab, macam mana aku nak
hormat?
Pegawai di Kaunter 10
boleh pula dia berbudi sampai selesai urusan aku.
Aku minta izin lagi nak
viralkan, rakam gambar depan-depan. Bukannya rakam secara curi-curi. - FB Fiezaa
Matt Din
Sumber
Artikel THEHYPEMEDIA.COM
0 Response to "'Pergilah Buat IC Di Balai Polis' - Pegawai JPN Biadap Dengan Pelanggan"
Post a Comment