
Jika baru-baru ini ada pembayang di laman sosial
yang mendakwa rumah tangga Zainol MacWilson iaitu bapa kepada pelakon Zahirah
MacWilson sudah goyah, terkini... Zainol akhirnya mengesahkan sendiri yang dia
sudah pun bercerai dengan Maslinda Yusof, 41, pada 9 November
lalu.
"Benar, saya sudah
bercerai dengan Maslinda diatas tiada persefahaman.
"Selebihnya, saya enggan berkata apa-apa. Cuma
saya tahu, anak-anak pula jadi mangsa gara-gara masalah kami ini," jelas Zainol
atau nama sebenarnya Zainol Mohd Johari MacWilson, 56.
Bagaimanapun, dia enggan mengulas lanjut
mengenai penceraiannya tersebut dan menyifatkan dia dan bekas isterinya itu
sudah tiada jodoh.

"Orang kata, hidup perlu diteruskan dan apa yang
sudah berlaku pasti ada hikmahnya.
"Tetapi saya tidak serik, sekiranya ada jodoh,
pasti Allah akan temukan kita dengan seseorang tidak kira bila-bila masa.
Bagaimanapun saya masih lagi bersedih dengan penceraian ini," tambahnya dipetik
sebagai berkata kepada Mstar.
SUMBER myartis.com
0 Response to "ZAINOL MACWILSON & MASLINDA SAH BERCERAI 11 HARI LALU"
Post a Comment