
Sejak kejadian dikasari kekasihnya Syazwan
Zulkifly, Shenty Feliziana dalam kenyataan terbaru berkata yang dia sangat
trauma dengan apa yang berlaku dan sehingga kini masih fobia untuk menjalinkan
sebarang hubungan dengan mana-mana lelaki.
"Syazwan sudah berjumpa ibu bapa yang datang
dari Singapura dan meminta maaf atas apa yang berlaku baru-baru
ini.
"Saya juga sudah menarik laporan polis yang
dibuat sebelum ini. Maklumlah, industri seni kita bukan besar mana pun, lambat
laun kami akan berjumpa juga dalam mana-mana acara hiburan.
"Justeru, ada baiknya perkara ini tidak
dibiarkan berpanjangan dan kami kembali berbaik semula. Memang Syazwan ada
merayu supaya saya menerimanya semula, tetapi buat masa ini hati saya belum
terbuka.
"Saya serik untuk
menjalin hubungan selepas ini kerana sudah beberapa kali putus cinta. Biarlah
masa menentukan segala-galanya. Insya-Allah, jika bertemu calon suami yang
sesuai, saya tidak mahu bercinta sebaliknya terus berkahwin saja," ujar Shenty
dipetik berkata.
Enggan lagi memikirkan memori pahit itu, Shenty
mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap karier lakonan dan
pengacaraan.
"Pada usia
muda ini saya kenalah bekerja keras jika mahu mengukuhkan nama dalam industri
hiburan tanah air.
"Saya
menyertai hlive! pada Mei lalu dan sebagai orang baru banyak perkara perlu saya
belajar. Selain mengacara, saya juga aktif berlakon. Apapun keutamaan saya masih
hlive!," jelasnya.
SUMBER www.myartis.com
0 Response to ""DIA ADA MERAYU KEPADA SAYA UNTUK KEMBALI BERSAMA" - SHENTY"
Post a Comment