SEORANG
lelaki mat saleh yang bertindak memecahkan cermin sebuah kereta akibat
perselisihan faham atas jalan raya, Mc Gruer Kenneth George telah ditahan
polis.
Mc Gruer, warganegara United Kingdom didakwa
mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah dan Seksyen
427 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah.
Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas
dakwaan yang dibawa ke atasnya.
Majistret Aina Azahra Arifin memutuskan Mc
Gruer diikat jamin sebanyak RM1,000.
Memetik Rakyat Post, kes berkenaan
akan disebut semula pada 4 Disember depan.
Kejadian dipercayai berlaku jam 6.30 petang
pada Ahad lalu, yang mana Mc Gruer bertindak memecahkan cermin hadapan sebuah
kereta Myvi selepas penumpang kereta itu dipercayai menunjukkan isyarat jari
tengah kepadanya. – MYNEWSHUB.CC
0 Response to "MAT SALLEH TAK MENGAKU SALAH PECAHKAN CERMIN KERETA"
Post a Comment