Tindakan bergurau kasar Nabil Ahmad terhadap kumpulan Caliph Buskers dalam satu
rancangan televisyen baru-baru ini mengundang kritkan ramai namun bagi kumpulan
tersebut, mereka sendiri bergurau lebih kasar daripada itu.
“Jujurnya, sedikit pun kami tak terasa dengan gurauan Nabil itu. Kami
mengikuti program itu dan lawak dia memang menghiburkan. Apatah lagi setiap
minggu kami berjumpa dengan Nabil di program Meletop dan kami sangat mengenali
dia yang suka bergurau secara kasar”
“Ahli-ahli Caliph Buskers lain pun seronok dengan gurauan dia kerana kebanyakan orang melayan kami terlalu baik disebabkan kekurangan kami. Memang dari dulu lagi masyarakat begitu prihatin terhadap sensitiviti golongan OKU. Kami bersyukur dengan perkara itu”

“Tetapi kalau anda semua nak tahu, kami lebih suka jika kami dilayan
seperti orang biasa. Kami suka bergurau, malah lebih kasar daripada Nabil lagi.
Hahaha,” jelas Azmi selaku vokalis kumpulan tersebut kepada mStar Online. -
Rotikaya

0 Response to "PANAS PUNGGUNG! Caliph Buskers akhirnya dedah apa yang mereka lakukan ke atas Nabil Raja Lawak"
Post a Comment