Marang:
Seorang penduduk terdengar bunyi letupan seperti mercun sebelum melihat kelibat
dua orang menaiki sebuah motosikal meninggalkan kawasan rumah bekas ADUN Alor
Limbat, Allahyarham Alias Abdullah, 51.
Abdul
Wahab Muhammad, 35, berkata ketika itu dia bersama empat lagi rakannya berada di
sebuah bangsal tidak jauh dari tempat kejadian.
“Bila
saya keluar dari bangsal, saya lihat seorang bertubuh besar dan memakai topi
keledar berlari dalam keadaan tergopoh gapah ke arah rakannya yang sedang
menanti di motosikal.
“Mereka
naik motosikal tanpa nombor plat. Saya terus kejar kedua-duanya dengan motosikal
berserta beberapa orang lagi. Bila sampai dekat Kampung Batu 12 (kira-kira empat
kilometer dari tempat kejadian), mereka pun hilang,” katanya.
Katanya,
sebelum itu dia ternampak kedua-duanya sedang menghala ke rumah Alias.
Alias
ditembak pada jarak dekat di rumahnya di Kampung Alor Limbat Bukit Payong,
selepas pulang daripada solat Jumaat.
Allahyarham
kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Bukit Payung oleh jirannya, namun
disahkan meninggal dunia.
Fazil
Yusof, 32, yang juga kenalan Alias, berkata dia berjumpa Allahyarham, tengah
hari, di sebuah kedai kopi berhampiran selepas mangsa dikatakan pergi melawat
saudaranya yang akan membuat majlis kenduri.
Alias
menjadi ADUN Alor Limbat selama dua penggal mulai 2004 sebelum kalah kepada
calon PAS pada pilihan raya umum ke-13.
Jawatan
terakhir beliau ialah sebagai Ketua Umno Cawangan Alor Limbat.
Allahyarham
pernah bertugas sebagai Ketua Unit Pendakwaan Negeri Terengganu (Timbalan
Pendakwa Raya/Peguam Kanan Persekutuan) dari 1 Mei 1997 hingga 18 Nov
1999).
Allahyarham
meninggalkan isteri Noreha Mohamad, 45, dan empat orang anak.
Jenazahnya
akan dikebumikan di Tamah Perkuburan Islam Kampung Alur Limbat selepas solat
Isyak malam ini.
Sementara
itu pihak polis telah melancarkan Ops Tutup bagi mengesan dan menjejaki
suspek.
Ketua
Polis Daerah Marang, Suhaimi Mohd Ali yang ditemui di Hospital Sultanah Nur
Zahirah di mana mayat Allahyarham ditempatkan berkata motif kejadian juga sedang
dikenal pasti. - Bernama
0 Response to "Pembunuh Bertubuh Besar"
Post a Comment