
MELAKA
– Sebuah mesin juruwang automatik (ATM) sebuah bank di Taman Ayer Keroh Height
di sini diletupkan awal hari ini dan pencuri melarikan sejumlah wang daripada
mesin itu.
Ketua
Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye berkata bom itu dipercayai diletupkan
kira-kira pukul 2 pagi dan polis masih menyiasat jumlah wang yang dilarikan
itu.
“Ada
sebutir lagi bom yang tidak meletup. Kita masih siasat sama ada bom itu ‘backup’
atau tertinggal. Kita dapat buat analisis (daripada bom yang belum meletup)
untuk cuba kenal pasti jenis bom digunakan dan bantu kita siasat siapa yang
gunakan ini.
“Kita
lihat cara (suspek) letakkan bahan letupan itu ada kepakaran. Jumlah diletakkan
tidak terlalu banyak… (bom itu) dapat rosakkan mesin. Sebelum ini kita lihat ada
cubaan (kes lain) tetapi tidak dapat pecahkan mesin ATM,” katanya kepada
pemberita di sini.
Sehubungan
itu beliau mengarahkan semua ketua polis daerah supaya meningkatkan rondaan di
kawasan bank dalam daerah masing-masing bagi mengelak kejadian itu daripada
berulang.
Chuah
berkata polis meletupkan bom kedua pada pukul 10.25 pagi ini sebagai langkah
keselamatan.
Beliau
berkata polis juga akan meneliti kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan
tersebut bagi mengenal pasti individu dan kenderaan yang keluar masuk kawasan
itu.
“Saksi
ada melihat suspek yang terlibat memakai topeng dan keluar masuk kawasan
tersebut. Selepas ini kami akan jumpa pengurus bank bagi meningkatkan
keselamatan terutamanya pada sebelah malam dan awal pagi,” katanya.
Chuah
berkata kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan beliau meminta
orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut supaya segera
menghubungi polis.
Sementara
itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah
berkata siasatan awal mendapati bom yang digunakan adalah daripada jenis ‘pipe
bomb’, dicetuskan menggunakan sumbu yang dibakar.
“Bom
kedua yang ditemui didapati masih aktif dan dipercayai ‘misfire’ dalam kejadian
tersebut. Bom tersebut telahpun diletupkan oleh polis bagi tujuan
keselamatan.
“Kita
juga percaya kejadian ini lakukan oleh lebih daripada dua orang suspek yang juga
dipercayai melarikan sejumlah wang daripada mesin ATM tersebut. Jumlah wang
dilarikan dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
Sehubungan
itu, beliau berkata polis mengambil langkah untuk memastikan kawasan itu selamat
untuk dikunjungi orang awam. – BERNAMA


0 Response to "Pencuri Letupkan ATM Di Melaka, Larikan Sejumlah Wang"
Post a Comment