(VIDEO) IBU HANYA MAMPU MENANGIS LIHAT ANAK 2 TAHUN DIDERA PENGASUH
Seorang ibu hanya mampu
menangis selepas melihat rakaman video yang tersebar menunjukkan anakknya yang
berusia dua tahun sedang didera oleh seorang pengasuh pusat asuhan kanak-kanak
di Jalan Bukit Kecil, Kuala Terengganu
Ibu tunggal berusia 40 tahun
itu yang enggan namanya didedahkan, berkata, laporan polis telah dibuat dibuat
kerana tidak mahu kanak-kanak lain menjadi mangsa seperti anaknya.
Menurutnya, dengan melihat
video berkenaan segala perosalan mengenai kesam lebam dan bengkak pada bahagian
badan anaknya.
"Tergamak
dia buat macam tu kepada anak saya, saya rasa nak menangis, semanangat saya baru
hendak pulih selepas suami meninggal, mereka buat macam ini dekat anak
saya,"katanya
dipetik laporan berita Astro
Awani.
Sementara itu, Ketua Polis
Daerah Kuala Terengganu, ACP Adris Abdul Ghafar mengesahkan menerima satu
laporan mengenai kejadian dan siasatan mengenai kes ini telah
dijalankan.
Rakaman video berdurasi 44
saat itu dikatakan dirakamkan pada 15 Oktober telah tersebar di laman sosial
yang menimbulkan kemarahan masyarakat. - SUMBER
0 Response to "(VIDEO) IBU HANYA MAMPU MENANGIS LIHAT ANAK 2 TAHUN DIDERA PENGASUH"
Post a Comment