Video : Saat Menyentuh Hati Abang Nizam Dibebaskan Dari Kes Culik Di Kajang

Tolong Bersihkan Nama Saya .. Rayu Abang Nizam 

Pemandu teksi, Hanizan Mohamed Radzi berkata, penahanannya kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kes penculikan budak lelaki berusia lima tahun di sini memalukan keluarganya.

"Anak-anak saya malu atas apa yang berlaku. Tolong, tolong bersihkan nama saya," rayunya kepada pegawai polis apabila dia dibawa ke Mahkamah Majistret untuk dibebaskan selepas ditahan seminggu untuk siasatan lanjut berhubung kes itu.


Pemandu teksi kes culik Kajang dibebaskan
Pemandu teksi dalam kes culik di Kajang baru-baru ini dipeluk kemas oleh ayah kepada budak itu atas tanda terima kasih. Pemandu teksi itu dibebaskan dan hanya ditahan untuk bantu siasatan. Terima kasih atas jasamu dan semoga kita mempunyai lebih ramai rakyat Malaysia yang melakukan jasa baik tanpa meminta balasan seperti beliau.
Posted by Friends of BN - Barisan Nasional on Thursday, October 15, 2015

"Saya hanya seorang pemandu teksi, saya tidak lakukan apa-apa," katanya yang mengenakan baju biru dan seluar jeans dan kelihatan keletihan.
Hanizan ditahan bersama tiga lelaki lain dalam tempoh 24 jam susulan penculikan budak lelaki berkenaan di hadapan tadika di Sungai Chua yang dirakam menerusi CCTV.
Penculik berkenaan didakwa menuntut wang tebusan sebanyak RM300,000.
Selepas lapan jam diculik, Hanizan dilihat membawa kanak-kanak itu ke kediamannya pada pukul 5.35 malam dan menyerahkannya kepada keluarganya.
Pemandu teksi itu mendakwa menemui kanak-kanak itu yang bersendirian di tepi jalan dan mengecamnya selepas gambarnya menjadi viral menerusi media sosial.
Bagaimanapun, pemandu teksi itu enggan memaklumkan bagaimana dan dimana beliau menemui mangsa culik itu.
Hampir seminggu ditahan dan polis dengan rasminya mengesahkan beliau tidak terlibat dalam kes penculikan itu, Hanizan dibebaskan mengikut Seksyen 49, Kanun Prosedur Jenayah.

Bagaimanapun, tiga lagi yang ditahan didakwa di mahkamah pagi Jumaat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penculikan 1961.-MSTAR

1 Response to "Video : Saat Menyentuh Hati Abang Nizam Dibebaskan Dari Kes Culik Di Kajang"

  1. Sebelumnya perkenalkan nama saya Rahmad Bastian di jawa tengah ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ROTAK dan dia memberikan nomer AKI ROTAK ,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ROTAK bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ROTAK dengan senan hati AKI ROTAK ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke3 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ROTAK di 082388316533 atau silahkan KLIK DISINI dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ROTAK kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.
































































































































































































































































































































































































































































    ReplyDelete