Seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai
Miss T mendakwa dirinya dicabul oleh seorang doktor lelaki ketika menerima
rawatan di sebuah klinik kerajaan di Klang, 8 Oktober lalu.
Perkara itu didedahkan oleh Miss T dalam sidang
media di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah, Klang, sebentar
tadi.
Menurut Miss T, insiden itu berlaku ketika dia
mendapatkan rawatan untuk sakit kepala dan batuk di klinik
tersebut.
Bercerita kejadian, wanita berusia 29 tahun ini
berkata, doktor tersebut tiba-tiba meraba bahagian payudaranya selama beberapa
minit ketika melakukan pemeriksaan pernafasan.
Jelasnya lagi, doktor tersebut turut mengarahkannya
membuka baju termasuk coli namun ditolak sebelum lelaki itu bertindak memasukkan
tangannya ke dalam baju dan menyentuh payudaranya lagi.
Berang dengan hal itu, Miss T kemudiannya membuat
laporan di Balai Polis Klang.
“Saya mahu polis menyiasat doktor terbabit
dan tidak mahu perkara yang sama berlaku terhadap wanita lain,” katanya
yang hadir pada sidang media dengan memakai topeng dan topi.
Difahamkan, baju yang dipakai pada sidang media itu
adalah pakaian yang sama pada hari kejadian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan,
Asisten Komisioner Azman Abdul Razak mengesahkan menerima laporan
tersebut
“Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan
kerana mencabul dan siasatan masih diteruskan,” katanya. - The
Rakyat Post
0 Response to "WANITA DAKWA DOKTOR KLINIK KERAJAAN DI KLANG SENTUH PAYUDARANYA"
Post a Comment