
SEBUAH beca tanpa pemandu yang berpusing dengan
sendiri sehingga merosakkan gerai-gerai dalam pasar di China telah mendapat
perhatian seluruh netizen.
Video yang mula viral sejak beberapa hari lalu itu
memperlihatkan beca yang secara tiba-tiba berpusing dan berputar seperti ditiup
angin puting beliung dalam sebuah pasar di Zhejiang.
Beca yang tidak dapat dikawal itu kemudiannya
merosakkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang dijual di situ.

Kewujudan makhluk halus turut dikaitkan dengan
insiden dalam video tersebut apabila seekor anjing dilihat menyalak di lokasi
kejadian.
Menurut laporan media tempatan, beca tersebut mula
berputar selepas tayar di bahagian hadapannya tercabut selepas merempuh ke dalam
pasar.
Kejadian tersebut menarik perhatian ramai kerana
dianggap satu insiden yang sangat pelik. – Agensi/MYNEWSHUB.CC
0 Response to "(VIDEO) BECA BERHANTU, BERPUSING TANPA PEMANDU DI CHINA"
Post a Comment