
HOUSTON,
Texas —
Orang ramai di Houston gempar apabila mereka 'dikunjungi' oleh seekor buaya
seberat 363kg dan sepanjang 12 kaki di belakang sebuah pusat membeli belah di
sini.
Pemburu
buaya, Christi Kroborth dipanggil oleh polis bagi membantu menangkap buaya
berusia 50 tahun itu.
Kerana
saiznya yang terlalu besar, mereka menamakan buaya itu "Godzilla".
Namun
masih tidak jelas bagaimana buaya tersebut boleh menuju ke pusat membeli belah
tersebut.
Buaya
itu kemudian diangkut menggunakan forklit sebelum dimasukkan ke dalam
trak.

Kroborth
berkata buaya itu akan dihantar ke pusat perlindungan buaya, Janik
Alligators.
"Dia
akan menghabiskan sisa hidupnya disana dan akan mempunyai teman wanita dan
mempunyai baby dan akan diberi makan setiap hari",
kata Kroborth. "Dia
akan menjadi buaya yang bahagia".
- Siakapkeli.my
0 Response to "(2 Video) Terkejut "Dikunjungi" Buaya Seberat 363 Kg, Berlegar Sekitar Pusat Beli Belah"
Post a Comment