Tersebar hari ini di laman sosial sebuah video
seorang lelaki dikatakan memarahi ibunya di sebuah hospital yang mendapat
perhatian netizen.
Video berkenaan yang berdurasi 1 minit 36 saat
menunjukkan seorang lelaki sedang membebel-bebel memarahi ibunya dengan nada
tidak puas hati.
Berdasarkan leteran yang kita boleh dengar
sendiri, dia dipercayai memarahi ibunya di depan orang ramai berkenaan kerana
ibunya meminta supaya dihantarkan ke hospital.
Kerana kata-katanya terhadap si ibu yang agak
kuat menyebabkan orang ramai telah terganggu sehingga menarik perhatian orang
lain yang secara tidak langsungnya telah memalukan ibunya.
Kerana tidak tahan melihat seorang ibu yang
membesarkan anak diperlakukan dengan biadap sedemikian, seorang lelaki berbaju
biru telah bangun menegur lelaki berkenaan namun tidak diendahkannya menyebabkan
pertikaman lidah berlaku.
Si ibu dilihat cuba menyuruh lelaki itu duduk
kembali dan membiarkan anaknya itu selain disabarkan oleh perakam.
Bagaimanapun teguran lelaki berbaju biru
berkenaan seolah-olah 'mencurah air ke daun keladi' apabila tidak dihiraukan.
sebaliknya lelaki berkenaan terus menyambung memarahi ibunya di mana sesekali
dilihat mengesat matanya berkemungkinan menangis.
Tonton video di bawah:
Gila ah ! Ada juga anak macam ni dalam Malaysia ni ye ? Kurang ajar gila dengan mak sendiri !
Posted by Berita Malaysia Kini on Wednesday, November 4, 2015
0 Response to "Akhirnya Punca SEBENAR Lelaki Ini Tengking Ibunya Depan Orang Ramai TERJAWAB !"
Post a Comment