
Tempoh hari kecoh di
laman sosial apabila kenyataan daripada Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan
dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang menyarankan rakyat bangun
awal pagi jika mahu elak tol.
Isu tersebut menjadi
perdebatan netizen yag rata-rata tidak bersetuju. Terbaru, menteri yang sama
menyarankan agar rakyat pulang ke kampung dan besarkan anak di sana. Kenapa
pula?
Jom balik kampung
Menerusi video berdurasi
kurang 1 minit yang dimuat naik oleh akaun Facebook Kelab Che Det itu, Rahman
Dahlan berkata terlalu ramai rakyat Malaysia yang berhijrah dan menetap di
bandar pada masa kini.
Tambahnya lagi beliau
antara manusia yang paling gembira jika rakyat mengambil keputusan untuk pulang
ke kampung dan membesarkan anak di sana.
Balik kampung, besarkan anak di sana. Lagi pun dah tak ada kampung dekat Malaysia ini. Dekat kampung sekarang ada 4G dah.
Kampung pun ada 4G sekarang
"Rakyat baliklah kampung, besarkan anak disana" -Rahman Dahlann
"Jika rakyat balik semula kekampung, sayalah Menteri yang paling gembira""Rakyat baliklah kampung, besarkan anak disana. (Line) 4G pun kini sudah ada dikampung"Saranan Rahman Dahlan kepada rakyat Malaysia bagi menyelesaikan kesesakan bandar #teamDahlanMaslan
Posted by Kelab Che Det on Wednesday, November 4, 2015
Video yang dikongsi di
Facebook Kelab Che Det itu sehingga kini mendapat lebih 11 ribu share. Rata-rata
orang ramai melontarkan pandangan mereka.
Sumber : Kelab Che Det VIA OHBULAN
0 Response to "Rakyat Baliklah Kampung, Besarkan Anak Di Sana – Menteri"
Post a Comment