
Sepasang suami isteri yang baru berkahwin
ditahan berhubung pembunuhan seorang lelaki yang didakwa mereka sebagai perogol
isterinya.
Kedua suspek juga didakwa turut memotong
kemaluan, memasak serta memakannya.
Rudi Efendi, 30, mengaku melakukan pembunuhan
tersebut selepas mendapati isteri yang baru dinikahinya tidak mempunyai
dara.
Isterinya kemudian mendakwa dia dirogol oleh
mangsa.
Polis berkata, selepas membunuh mangsa, Rudi
dan isterinya yang berusia 20 tahun membawa pulang alat sulit mangsa, memasak
dan kemudian turut memakannya bersama-sama.
Sementara itu, Rudi memberitahui wartawan, dia
melakukan pembunuhan tersebut untuk menyebuh rasa "sakit hati" nya.
"Saya begitu marah', katanya.
Mayat mangsa ditemui di dalam sebuah van
terbakar awal Oktober.
Menurut jurucakap polis, Rudi menyuruh
isterinya untuk mengadakan pertemuan bersama mangsa. sebelum bertidak menikam
mangsa, memotong alat kemaluan dan kemudian membakarnya di dalam van.
"Kes masih berada dalam siasatan namun
mengesyaki kes ini adalah satu pembunuhan terancang, " kata jurucakap polis
tempatan kepada AFP.
0 Response to "Akibat BENGANG Isteri Yg Dinikahi Dah Tak Ada Dara, Suami Buat Tindakan GILA !"
Post a Comment