
Sekali pandang jejaka ini kelihatan seperti seorang
lelaki yang berasal dari Jepun dek kerana rupa parasnya. Tapi percayakah korang
Rio Haryanto, pelumba Grand Prix 2 Series ini berasal daripada
Indonesia.
Sejak semalam nama lelaki ini mulai viral gara-gara
sekeping foto kereta miliknya yang ditampal surah Al-Baqarah dan membacanya
sebelum perlumbaan.
Jawapan Rio bila ditanya tentang foto viral

Ketika ditanya oleh media mengenai ayat yang
ditampal di keretanya itu, Rio yakin ianya membuatkan dirinya lebih tenang
ketika berlumba.
Ini dapat membuatkan diri saya lebih berasa tenang saat tampil di litar

Baru berusia 22 tahun

Dalam kancah GP2 yang disertainya ketika ini, Rio
tampil cukup hebat berbanding kehadirannya pada awal musim, malah namanya sudah
mula dikenali ramai sejak berusia 17 tahun apabila muncul menjuarai sirkit
Turki.
Bukan calang-calang orang juga, sebab impiannya
mahu berlumba dan menjadi rakyat Indonesia pertama berlumba di Formula One satu
hari.
Juara Go-Kart Indonesia umur 6 tahun

Rupanya minat terhadap dunia permotoran ini sejak
kecil lagi dan bakatnya telah diasah sewal umur 6 tahun. Hasilnya berjaya
memenangi pertandingan lumba go-kart ketika itu.
Jadi kegilaan para gadis

Nama Rio Haryanto ternyata sangat terkenal di
Indonesia lebih – lebih lagi dalam kalangan para gadis. Mana tidaknya, handsome
kan?
Kalau dulu di Malaysia Alex Young sering
disebut-sebut, sekarang siapa?
Sumber : Rio
Haryanto
0 Response to "VIRAL KERANA TAMPAL SURAH AL-BAQARAH DI KERETA LUMBA"
Post a Comment