![]() |
Gambar Hiasan |
Kisah pelik pagi ini. Singgah di stesen Shell, nak
isi minyak. Semasa nak parking, nampak ada kereta Proton Inspira berwarna hitam
pun parking di pam sebelah.
Selepas membuat pembayaran di kaunter, ada seorang
lelaki berusia lingkungan 20'an berdiri di sebelah kereta saya dan ready nak
tolong isi minyak. Tapi saya tak rasa yang dia adalah pekerja stesen Shell.
Pertama, sebab saya tak pernah nampak dia. Kedua, dia tidak memakai sebarang
uniform kakitangan Shell.
Saya masuk dalam kereta since dia dah buka penutup
tangki minyak dan ready nak isi minyak. Saya pun lock pintu kereta. Tiba-tiba
lelaki itu kata minyak tidak keluar. Terpaksa saya keluar balik dari
kereta.
Bila saya pergi pada dia, soalan pertama yang dia
tanya ialah,
"Eh cik mengandung ke? Berapa bulan? Anak ke
berapa?"
Saya cuma menjawab kandungan berusia tujuh bulan
dan check kenapa minyak tak keluar.
Apabila dia menekan sekali lagi, barulah meter pam
bergerak. Saya cepat-cepat masuk semula ke dalam kereta dan lock pintu sekali
lagi, sambil mata memandang ke arah pam.
Bila dah berhenti, lelaki itu masih tidak
meletakkan nozzle itu kembali ke tempat asal. Dia suruh saya buka tingkap
kereta, katanya ada masalah.
Saya cepat-cepat menurunkan tingkap kereta sikit
dan kata memang saya isi minyak 20 liter sahaja.
"Dah cukup, saya memang isi 20 liter
sahaja,"
Mendengar jawapan saya, barulah dia meletakkan
nozzle kembali ke tempat asal. Saya naikkan tingkap, angkat tangan sebagai tanda
mengucapkan terima kasih dan memandu keluar dari stesen Shell itu.
Semasa saya nak keluar, barulah saya perasan bahawa
lelaki itu adalah pemilik kereta Proton Inspira di sebelah saya. Rupanya dia tak
isi minyak pun. Saya nampak dia hidupkan enjin dan mengekori saya. Saya cuba
bertenang, pandu kereta seperti biasa. Bila sampai di Balai Polis Pedas, saya
cepat-cepat masuk tanpa signal dan dia pun terlajak. Saya tunggu dalam balai
selama 10 minit. Bila rasa keadaan sudah selamat, barulah saya keluar dari balai
berkenaan.
Apa yang saya musykil
ialah:
1. Mengapa dia beria-ria nak menolong saya mengisi
minyak? Kalau kata nak mengurat, memang butalah kot? Terang-terang saya memakai
baju mengandung. Di kereta siap ada tampal pelekat "Baby on board" dan mustahil
dia tidak nampak carseat anak-anak saya yang penuh dalam kereta.
2. Kenapa dia parking di pam minyak kalau tak isi
minyak? Sebab pam yang dia parking tak boleh bayar guna kad, mesti guna
cash.
3. Apa motif dia keluar pam minyak sama masa dengan
saya sedangkan masa sampai sama-sama tetapi dia tidak isi minyak, tapi rajin
pula tolong isikan minyak saya. Lepas itu bila saya blah, dia pun blah. Tak ke
pelik?
Apa-apa pun niat dia, kalau baik, alhamdulillah.
Tetapi disebabkan banyak sangat kes ragut, rompak, bunuh dan sebagainya sekarang
ini. Memang saya agak paranoidlah kan. Tambah-tambah lagi bila lelaki yang tidak
dikenali berminat sangat pula nak tahu kita mengandung berapa bulan bagai. Pelik
saya rasa. - Dr Siti
sumber asal THEHYPEMEDIA.COM
0 Response to ""APA HAL MAMAT NI NAK TOLONG ISI MINYAK?""
Post a Comment