
Kes
petang tadi di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sungai Petani.
Dua minggu
lepas, aku pergi JPN nak buat MyKad sebab kena ragut. Aku dapat kaunter nombor
tujuh. Nama pegawai dia Rezuan. Dia kata aku cuai menyebabkan diri kena ragut
dan aku kena bayar denda.
Aku tanya balik pada dia, apa kecuaian aku?
Awat aku saja-saja pergi tadah bagi kena ragut ka? Selepas itu, aku beritahu
yang polis kata tak dikenakan denda sebab ini pertama kali MyKad aku hilang. Itu
pun sebab kena ragut. Aku beritahu sekadar info yang aku tahu.
Dia jawab
balik pada aku seperti ini:
"Kalau hang dah kata macam tu, hang mai sini
buat apa? Hang pi sajalah buat MyKad di Balai Polis tu dah nak dengar cakap
polis sangat,".
Alamak?! Kau dah buat aku bengang. Dengan kasar aku tanya
balik, "Boleh ka buat MyKad di Balai Polis?! Boleh ka?!"
Pandai pula dia
jawab tak boleh. Jadi dah tahu tak boleh, kenapa suruh pergi balai polis buat
MyKad?
Aku sabar, aku diam lagi. Tetapi hari ini sekali lagi Rezuan itu
menunjukkan belangnya dan perempuan di Kaunter 8 pula bercakap kancing-kancing
gigi lagi, uishh! Dahsyat mereka ni, saja nak buat aku ungkit balik cerita.
Ingat aku ini jenis tunduk saja ka kalau mereka bersikap biadab?? Jenis
angguk-angguk saja dan mereka sewenang-wenangnya boleh memperlekehkan aku di
tempat awam?
Kalau aku viral, kau kata aku ambil jalan mudah. Tetapi
pengajarannya kau kena ambil jangan malukan orang, jangan perlekehkan orang di
tempat awam sebab orang lain pun malu sama macam kau malu sekarang bila dah kena
viral.
Tak payah bangga dan perasan hebat bila kau duduk di kerusi
kerajaan. Sebab esok kau mati bukan mereka tanam di situ pun. Mereka tanam kau
sama tempat juga dengan orang kutip botol tepi jalan. Tak ada beza
okay.
Kami pergi bukan minta pertolongan kau tetapi minta perkhidmatan
kau sebab kau pekerja. Cukup bulan ambil gaji, bukan percuma. Hormat orang kalau
nak orang hormat kau. Orang berbudi, aku berbahasa. Tapi kalau cara kau pun
biadab, macam mana aku nak hormat?
Pegawai di Kaunter 10 boleh pula dia
berbudi sampai selesai urusan aku.
Aku minta izin lagi nak viralkan,
rakam gambar depan-depan. Bukannya rakam secara curi-curi. - Fiezaa Matt Din
0 Response to "'HANG MAI SINI BUAT APA? PERGILAH BUAT IC DI BALAI POLIS DAH NAK SANGAT DENGAR CAKAP POLIS' - PEGAWAI JPN"
Post a Comment