
Sumber Gambar
Berita Harian
KUALA TERENGGANU: Tindakan
seorang penyokong bola sepak Terengganu menghantar surat berserta duit RM15
kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mendapat perhatian selepas
menjadi viral di laman sosial.
Penyokong yang menggelarkan
dirinya sebagai Hamba Allah itu bertindak memohon maaf kepada PBSNT kerana
memasuki Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus untuk menyaksikan
perlawanan antara Terengganu dan Lions XII, pada 4 November lalu tanpa
kebenaran.
Perkara itu disahkan
Setiausaha Agung PBSNT, Arpin Draman yang pihaknya ada menerima surat itu
beberapa hari lalu.
Beliau berkata, penyokong itu
memohon maaf kepada PBSNT kerana melakukan kesalahan dengan memanjat masuk ke
dalam stadium itu.
"Saya mengesahkan ada menerima
surat berserta duit RM15 untuk membayar balik harga tiket untuk memasuki
stadium.
Malah, Hamba Allah ini
memberitahu yang dia tidak berfikir panjang dan terlampau mengikut kawan
sehingga terlupa melakukan kesalahan. SURAT daripada penonton 'Hamba Allah' yang
diterima oleh PBSNT pada 15 November lalu.
"Kerana takut kesalahannya itu
dibicarakan di mahkamah Allah dan menyesali atas perbuatannya serta berazam
tidak mahu mengulanginya lagi pada masa depan," katanya kepada BH Sukan, di
sini.
Arpin berkata, pihaknya memuji
sikap kejujuran Hamba Allah itu yang menyesali tindakan yang
dilakukan.
"Saya berharap perkara ini
menjadi pengajaran kepada penyokong lain dengan tidak melakukan perbuatan sama
pada masa depan," katanya.
0 Response to "Bimbang Hukuman Allah, Penonton Hantar Bayaran Tiket Melalui Surat"
Post a Comment