
Semua sedia maklum bagaimana Siti Nordiana kini
menjadi bualan ramai setelah menyertai rancangan Gegar Vaganza 2 terbitan Astro.
Ramai yang memuji suaranya... dan ramai juga yang terimbau kenangan lama ketika
zaman kegemilangan Allahyarham Achik dan Nana satu ketika
dahulu.
Jadi... bagi yang
masih belum lagi menatap gambar-gambar nostalgia Siti Nordiana sejak berhingus
yang sudah ada di myartis sejak 15 tahun lalu, jom kita imbas
kembali.
BIODATA:
Nama : Siti Nordiana Alias
Tarikh Lahir
: 22 November 1984
Tempat
Lahir : Seremban, Negeri
Sembilan
Profesion : Penyanyi, pelakon
6 RAHSIA
PERIBADI
1 - Setiap pagi Nana
pasti akan masuk ke bilik air dan duduk lama-lama di situ. Entah kenapa, ia
bagai sudah menjadi satu kemestian dalam rutin harian Nana. Kadangkala tu
bukannya ada buat apapun, tapi katanya dia rasa selesa begitu kerana dah jadi
tabiatnya sejak kecil.
2 -
Macam tak percaya bila Nana akui yang dia ni seorang pemarah... tetapi cepat
pula sejuknya. Selain itu, dia juga cepat sensitif dan air matanya mudah
mengalir bila menonton sesebuah filem sedih. Selalunya filem yang sering
ditontonnya ialah filem Hindustan, sebab itulah dia sukar mengawal kesedihan
apabila menyelami babak-babak yang menyentuh perasaan... tak sangka
kan!
3 - Kalau melihat daripada watak Nana, pasti
ramai yang menyangka penyanyi kelahiran Negeri Sembilan ini terlalu manja. Namun
tekaan tersebut disangkal keras oleh Nana kerana dia bukan manja tetapi cuma
bersikap lemah-lembut. Malah Nana juga jarang berkasar dengan orang lain
disebabkan dia memang sudah terdidik menghormati sesiapa
sahaja.
4 - Seandainya tidak
menjadi penyanyi, kata Nana dia kemungkinan besar hanya duduk terperap di rumah
sahaja. Paling tidakpun agaknya menjadi suri rumahtangga sepenuh masa. Tetapi
jelas Nana lagi, dia sebenarnya meminati bidang komputer dan bidang tersebut
pasti menjadi pilihannya sekiranya dia tidak bergelar artis seperti
sekarang.
5 - Perancangan
masa depan Nana ialah ingin membuka kelas vokal. Itupun katanya apabila bidang
nyanyian yang diceburinya kini sudah tidak menjanjikan kejayaan lagi.
Bagaimanapun, selagi peminat menerimanya sebagai artis, selagi itulah dia akan
terus bergiat aktif tanpa merasa jemu sedikitpun. Sesungguhnya, bidang seni
suara merupakan pilihan utama dalam hidup Nana berbanding bidang
lain.
6 - Dari segi
peribadi, pencapaian dan kepuasan dalam diri Nana yang paling terbesar setakat
ini ialah apabila dia menerima anugerah platinum di atas penjualan albumnya. Dia
juga kini sudah tidak mengalami masalah kewangan apabila rezekinya makin
bertambah tahun demi tahun. Syukur alhamdulillah... kata Nana sambil tersenyum
manis!





SUMBER - www.myartis.com
0 Response to "NOSTALGIA ARTIS FOTO KENANGAN SITI NORDIANA"
Post a Comment