Multan: Seorang wanita muda meninggal dunia
semalam selepas dibakar seorang lelaki kerana menolak lamarannya.
Sonia Bibi, 20, dimasukkan ke hospital bulan
lalu dan memberitahu polis bekas kekasih membakarnya selepas menyimbahnya dengan
petrol kerana dia menolak lamarannya.
Petugas perubatan sebelum ini berkata, Sonia
akan pulih.
Bagaimanapun, seorang doktor di Hospital
Nishtar di Multan memberitahu wartawan, kecederaan yang dialami wanita itu
dijangkiti kuman dan dan dia meninggal dunia pagi semalam.
Doktor Naheed Chaudhry berkata, kira-kira 45
hingga 50 peratus tubuh mangsa melecur dalam kejadian di sebuah kampung
terpencil di daerah Multan, Punjab.
Suspek berusia 24 tahun ditahan polis sebaik
laporan mengenainya diterima.
Dalam keterangannya kepada polis, Sonia
berkata, dia tidak lagi mencintai lelaki berkenaan dan siasatan awal menunjukkan
bekas kekasihnya membakarnya kerana dia menolak lamarannya.
0 Response to "Dibakar Kerana Menolak Cinta"
Post a Comment