
Siapa yang layan Gegar Vaganza
2 pasti akan tahu cerita berkenaan dengan M Nasir sound Nabil ini. Ini semua
terjadi pada malam konsert minggu ketiga Gegar Vaganza 2. Ini semua gara-gara
lawak Nabil yang keterlaluan terhadap sifu M Nasir.
Seperti yang semua maklum
Nabil sememangnya selalu melawak dengan cara kasar dan mengenakan orang dalam
Gegar Vaganza 2. Dalam konsert 1 dan 2 pun Nabil rasanya telah ditegur agar
mengawal sedikit lawak dalam pengacaraannya tetapi terjadi juga dalam minggu
ketiga.
Mungkin bagi Nabil ianya
adalah lawak semata-mata tetapi bukan bagi sesetengah pihak ianya keterlaluan
dan tidak perlu. Beberapa portal terkenal melaporkan bahawa M Nasir "sound"
Nabil dalam Gegar Vaganza 2 secara live.
Jika sebelum ini, Nabil
membuat lawak dengan mempersendakan Caliph Buskers, semalam dalam konsert Gegar
Vaganza 2 Nabil ditegur secara live oleh juri jemputan, Datuk M. Nasir yang
mungkin bengang membuat lawak menggunakan isterinya, Marlia
Musa.
Berulang kali Nabil
mempersendakan M. Nasir dan isterinya dan akhirnya M. Nasir menegur Nabil,
“Jangan libatkan dia (Marlia Musa) dalam hal ini”.Nabil akhirnya terus terdiam
seperti tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan mukanya merah
padam.
SUMBER
0 Response to "M NASIR SOUND NABIL"
Post a Comment