Kami perasan sejak
beberapa hari ini foto gadis jelita yang kelihatan bagai seorang doktor ini
mulai viral di laman sosial. Masing-masing bertanya siapakah gerangan wanita
cantik ini. Ada yang cakap pelakon dan macam-macam lagi.
Sebenarnya gadis ini
sudah tidak asing lagi di dalam dunia peragaan terutamanya pakaian daripada
pelbagai butik Muslimah terkemuka di Malaysia.
Yang menjadi
persoalannya, betul ke doktor?
Model
terkenal

Sebenarnya Engku Sulwani
merupakan model terkenal dalam bidang peragaan pakaian di Malaysia. Antara
nama-nama besar yang pernah menggunakan khidmatnya ialah Zawara, Ariani, Tudung
Ruffle, dan banyak lagi.

Kariernya di dalam
bidang seni tidak hanya terikat dengan dunia peragaan sahaja malah bergelar duta
bagi beberapa produk kecantikan dan sering kali menghiasi majalah-majalah
terkemuka seperti Nona, Wanita, Intrend dan banyak lagi.

Pelajar perubatan &
bakal doktor

Yang mana masih
tertanya-tanya lagi tu adakah gadis ini seorang doktor seperti yang diviralkan
di laman sosial, ini hasil carian kami.

Engku Sulwani merupakan
pelajar perubatan di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang dan dalam erti kata
lain, bakal doktor lah.
Pelajar cemerlang di
sekolah

Bukan calang-calang tau.
Untuk pengetahuan korang, gadis ini merupakan pelajar cemerlang disekolah dan
berikut keputusannya ; UPSR 5A, PMR 8A, SPM 9A. Dirinya juga bekas pelajar
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Kelantan.
Jadi tak hairan lah
sedang mengikuti pengajian dalam bidang perubatan dan bakal bergelar doktor
suatu hari nanti.
Maaf, sudah
berpunya

Perit untuk diterima
namun itulah hakikat yang perlu ditelan oleh jejaka-jejaka di luar sana. Maaf,
bakal doktor
jelita ini sudah berpunya.
Sumber : Engku
Sulwani, Utusan
0 Response to "SIAPA DOKTOR JELITA YANG SEDANG VIRAL & BUAT RAMAI JEJAKA TIBA-TIBA JATUH SAKIT INI?"
Post a Comment