
TAK keterlaluan dikatakan
Fazura merupakan antara selebriti wanita tercantik yang bertakhta di hati
peminat industri hiburan tempatan.
Kecantikannya itu dikagumi dan
tak kurang juga dicemburui ramai pihak di luar sana.
Ketika ditanya mengenai gosip
yang paling mengarut pernah didengarnya sepanjang melibatkan diri dalam bidang
seni, Fazura, anak kelahiran Pekan, Pahang berkata gosip mengatakan dia membuat
pembedahan adalah paling tidak masuk akal sekali.
“Gosip yang paling mengarut
pernah saya dengar mengenai diri saya adalah orang mengatakan saya menjalani
pembedahan dari hujung kepala hingga hujung kaki dan tiada satu pun di badan
saya ini adalah yang asli. Mereka cakap saya buat transplan rambut, buat
pembedahan hidung, dagu dan punggung. Memang gosip ini menyakitkan saya suatu
ketika dulu, tapi sekarang saya gelak je bila mendengarnya,” katanya memetik The
Star.
Fazura yang memenangi trofi
Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-27 (FFM27) menerusi filem
Manisnya Cinta Di Cappadocia akan muncul dengan program tv Facing Up To Fazura
musim kedua yang bakal bersiaran bermula malam ini di saluran Astro 712, jam 10
malam.
Buat peminat Fazura, jangan
lupa temujanji anda dengan selebriti jelita ini ya! – SUMBER MYNEWSHUB.CC
0 Response to "FAZURA LAKUKAN PEMBEDAHAN KECANTIKAN?"
Post a Comment