Menjadi viral di laman sosial di negara Arab berkenaan beberapa keping gambar
seekor anjing telah menyelamatkan seorang bayi perempuan baru lahir yang dibuang
oleh ibunya.
Memetik laporan alfajertv.com, ini adalah kejadian seumpamanya
berlaku di dunia di mana seekor anjing menyelamatkan seorang bayi menggunakan
rahangnya.
Menurut seorang lelaki yang bertanggungjawab memuat naik
gambar berkenaan, Elly Baiqtloha berkata, anjing berkenaan telah menggonggong
anak kecil yang masih bertali pusat berkenaan dan menuju ke sebuah rumah
berhampiran.
Selepas mengambil bayi berkenaan dari anjing tersebut
ternyata ia masih hidup dan pemilik rumah terus membawa bayi berkenaan ke
Hospital Sohar untuk mendapatkan rawatan.

Bagi membuktikan kesahihan berita ini kami terjumpa laporan
portal berita Emirates247 di mana ia turut melaporkan kejadian
berkenaan.
Menurut portal berkenaan, gambar tersebut telah menjadi viral
di laman sosial di Arab Saudi beberapa minggu lalu di mana katanya ia mungkin
terjadi di dalam salah satu negara "Gulf Kingdom".
Gulf Kingdom terdiri
daripada Iran, Iraq, Kuwait, Saudi Arabia, Qatar, Bahrain, United Arab Emirates
dan Oman.
Kini gambar berkenaan telah menjadi viral di seluruh dunia di
mana netizen tidak putus-putus memuji tindakan anjing itu yang dianggap lebih
berperikemanusiaan daripada ibu bayi itu.
Sumber: Siakapkeli.my
0 Response to "Masih ingat kes anjing selamatkan bayi yang dibuang ibunya di tong sampah, korang pasti terkejut beruk mengetahui keadaan terbaru bayi itu...sungguh tak disangka-sangka"
Post a Comment