
SETIAP ibu bapa sememangnya mahukan yang terbaik
buat anak-anak mereka.
Namun, dalam sedar atau tidak sedar sikap itu
adakalanya memberi kesan negatif khususnya dalam emosi anak-anak.
Sebagai contoh, lihat apa yang dilakukan oleh
seorang ibu ini!
Hanya dek anaknya dapat ranking ke-7 dalam
kelas, wanita ini sanggup meluahkan rasa kecewanya di khalayak umum menerusi
laman Facebook terhadap anaknya kerana merasakan pelajaran anaknya semakin
merosot.
Walhal, anaknya yang masih bersekolah rendah itu
boleh dikatakan mendapat keputusan yang agak memberansangkan iaitu ‘4A’ dalam
beberapa subjek.
Lebih menjengkelkan, wanita itu bukan sahaja tidak
mensyukuri keputusan peperiksaan yang diterima anaknya, malah sanggup ungkit
penat lelahnya dalam menjaga dan mendidik anaknya sehinggakan sanggup berhenti
kerja.

Tambah wanita itu, dia juga berasa sedih kerana
tidak dapat melihat anaknya naik ke pentas untuk menerima anugerah pelajar
cemerlang pada tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya.
Alahai, membaca status-status yang ditulis ini
sedikit sebanyak timbul perasaan kesal terhadap wanita tersebut.
Mana tidaknya, langsung tidak menghargai usaha
gigih anak sendiri untuk meningkatkan pencapaian dalam pendidikan.
Gamaknya, boleh gila dan serba-serbi tidak kena
anak jadinya bila ada ibu bersikap seumpama ini.
Oleh itu, pesan kamu kepada semua ibu bapa yang
lain, bertolak-ansurlah dalam mengajar dan mendidik anak-anak.
Tidak perlu bawa kelemahan anak sehingga ke media
sosial sehingga satu dunia boleh lihat. Bawa berbincang dari jati ke hati pun
sudah cukup gamaknya.- MYNEWSHUB.CC
0 Response to "IBU LUAH RASA KECEWA ANAK HANYA DAPAT '4A', RANKING 7/45"
Post a Comment