
ADAKAH
BENAR YAYASAN PEMBANGUNAN ANAK YATIM/MISKIN (PEMANGKIN) MILIK YaPEIM DINAUNGI
OLEH DATIN SERI ROSMAH MANSOR?

Saya
telah membuat beberapa siri pendedahan sebelum ini yang menunjukkan bagaimana
program-program luar negara yang dirasmikan oleh Dato’ Seri Jamil Khir Baharom,
Menteri Hal Ehwal Islam termasuk di Washington D.C, Amerika Syarikat dan Paris,
Perancis yang dibiayai menggunakan wang YaPEIM telah disalurkan melalui Yayasan
Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN).
National
Oversight and Whistleblowers (NOW) telah membuat semakan latar belakang
PEMANGKIN dan menemui satu laporan akhbar Utusan bertarikh 27 April 2009 yang
bertajuk “Bantu Anak Miskin, Yatim” yang telah melaporkan majlis pelancaran
PEMANGKIN.
Berdasarkan
laporan tersebut, Datin Seri Rosmah Mansor iaitu isteri Perdana Menteri Malaysia
telah dilantik sebagai penaung kepada PEMANGKIN yang mana majlis tersebut telah
dihadiri sendiri oleh Dato’ Seri Jamil Khir.
Pada
majlis pelancaran PEMANGKIN, sumbangan daripada YaPEIM adalah paling besar iaitu
sebanyak RM 4 juta dengan jumlah dana yang terkumpul ketika itu adalah sebanyak
RM 5 juta.
Sumbangan
terus daripada orang ramai juga dikutip melalui melalui khidmat pesanan ringkas
(SMS) turut dilancarkan yang diberi nama sebagai Skim Sumbangan Amal Jariah
untuk Pembangunan Anak-anak Yatim dan Miskin.
Ini
menimbulkan persoalan-persoalan yang perlu dijawab oleh Dato’ Seri Jamil Khir
seperti berikut:-
1.
Benarkah Datin Seri Rosmah Mansor dilantik sebagai Penaung kepada
PEMANGKIN?
2.
Apakah rasional Datin Seri Rosmah Mansor dilantik sebagai Penaung kepada badan
yayasan yang menguruskan amal jariah anak yatim dan miskin?
3.
Adakah benar penubuhan PEMANGKIN adalah sebagai usaha bagi menangani masalah
anak yatim dan miskin?
4.
Apakah rasional untuk PEMANGKIN terlibat dengan penganjuran Kursus Perkahwinan
dan Kekeluargaan di luar negara?
5.
Berapa ramai anak yatim dan miskin yang dapat dibantu oleh PEMANGKIN sekiranya
wang YaPEIM tidak dibazirkan untuk perbelanjaan program-program luar negara dan
sebaliknya digunakan untuk tujuan amal jariah anak yatim dan
miskin?
Berdasarkan
fakta yang dikemukakan, ini jelaslah menunjukkan apa-apa sumbangan atau wang
yang diterima atau disalurkan kepada PEMANGKIN termasuk duit orang ramai dan
dana daripada YaPEIM adalah untuk dibelanjakan bagi kegunaan amal jariah bantuan
anak yatim dan miskin.
17
NOVEMBER 2015
AKMAL
NASIR
Pengarah
National
Oversight and Whistleblowers (NOW)


0 Response to "TERBONGKAR!! ROSMAH PENAUNG YAPEIM"
Post a Comment