![]() |
Gambar Hiasan |
Lampung (Indonesia):
Satu pasangan pengantin baru ditahan polis kerana dipercayai membunuh dan
memakan kemaluan seorang lelaki yang didakwa merogol wanita berkenaan, kata
polis semalam.
Suami wanita itu, Rudi Efendi, 30, mengaku membunuh mangsa
selepas mendapati isterinya tiada dara ketika malam pertama mereka pada
September lalu.
Isterinya yang berusia 20 tahun mengaku dia dirogol
seorang pemandu yang juga bekas kekasihnya.
Kerana berang, Rudi
mengarahkan isterinya menghubungi lelaki itu dan berpura-pura mahu bertemu pada
awal Oktober lalu.
Bagaimanapun, dalam pertemuan itu Rudi menikam lelaki
berkenaan hingga mati sebelum memotong kemaluannya.
Mangsa ditemui
terbakar bersama kereta miliknya.
![]() |
RUDI (dua dari kanan) bersama isterinya ketika ditahan di sebuah balai polis di Lampung. |
Rudi kemudian membawa
kemaluan mangsa pulang ke rumah dan meminta isterinya menggoreng alat sulit
mangsa itu sebelum makan bersama-sama.
“Saya sangat marah.
“Saya
mengambil keputusan memakan alat sulit lelaki itu bagi mengubati hati saya yang
sakit,” kata Rudi kepada wartawan.
Seorang jurucakap polis,
Sulistyaningsih berkata, kes itu masih lagi dalam siasatan tetapi mengesyaki
pembunuhan itu dirancang lebih awal.
“Kami percaya si suami yang
melakukan pembunuhan manakala isterinya hanya bersubahat,” katanya. -
hmetro.com.my
0 Response to "Ngeri, Pasangan Pengantin Makan Kemaluan Perogol"
Post a Comment