
Saya henyut bekas teman lelaki ketika menumpang
tidur di rumah orang tuanya kira-kira dua bulan lalu. Saya mengenali teman
lelaki menerusi laman sosial. Dari segi rupa, dia sangat sopan. Hampir setahun
mengenali dia membuatkan saya percaya dia teman lelaki baik.
Perkara yg
memikat hati saya mengenainya ialah setiap kali kami keluar janji temu, dia
sering jaga solat serta menasihati saya untuk menjaga keselamatan diri. Namun,
setelah dia merogol, segala kepercayaan saya hancur.
Pada masa sama, dia
merayu saya memaafkan di samping berjanji akan bertanggung-jawab. Dia tidak akan
tinggalkan saya dan memohon saya menerima dirinya kembali.Dia kesal tewas kepada
godaan nafsu.
Orang tuanya tidak tahu mengenai hal itu kerana dia merogol
saya ketika ibu bapanya keluar menghadiri majlis di rumah saudara mereka.
Kedatangan saya itu adalah untuk mengenali keluarga teman lelaki sebelum
bertunang tetapi hal lain pula terjadi.
Hal itu belum sampai ke
pengetahuan orang tua saya. Orang tua saya tidak sihat dan saya bimbang jika
mereka tahu saya dirogol, mereka terkejut mahupun jatuh sakit. Sebahagian diri
saya sukar menerima perkara dilakukan terhadap saya. Namun, bekas teman lelaki
berusaha memujuk dan mencadangkan kami berkahwin masa terdekat.
Dia kata
dia sayang dan berasa cukup hina dengan perkara terkutuk dilakukan terhadap
saya. Dia akan bertemu keluarga dan meminang saya dalam tempoh terdekat sebagai
tanda ikhlas dia mahu menebus dosanya. Malah dia sanggup berterus-terang dengan
keluarga saya mengenai kesilapannya.
Paling mengejutkan, dia sendiri
menyarankan saya agar melaporkan hal itu kepada polis jika saya tidak percaya
terhadapnya lagi. Saya pening benar-benar tersepit.Bantulah saya Dang
Setia.
NURYIL
Lendu, Melaka
Kusut dan bersimpul. Begitulah
keadaan Dang Setia boleh gambarkan mengenai masalah saudari ini. Tindakan perlu
saudari ambil setiap satunya ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapak.
Sebaiknya saudari ambil tempoh bertenang serta memikirkan semasak-masaknya dalam
isu ini.
Dalam situasi ini, saudari harus nilai sejauh mana impak
termasuklah untung rugi setiap langkah saudari ambil. Selain itu, tekad saudari
untuk menghadapi konflik dihadapi jika keputusan diambil.
Peluang adalah
50-50 dan hakikat setiap keputusan diambil perlulah disusuli dengan Istiqamah.
Jika melihat daripada gambaran saudari mengenai sikap teman lelaki selepas
kejadian, dia sedar kesilapan dan benar-benar ingin menebus
kesalahannya.
Pada sudut lain, tiada kompromi dengan kesalahan merogol
dilakukan terhadap saudari.Lihat dalam situasi rumit, saranan Dang Setia kepada
saudari ialah perlu teliti sejauh mana kehormatan saudari dilindungi. Adakah
dengan melaporkan kes terbabit kepada polis menyelesaikan keadaan mahupun
menjadikan bertambah rumit?
Pilihan kedua iaitu memaafkan dirinya dan
memberi peluang kedua terhadap bekas kekasih, adakah jalan terbaik? Keputusan
terbaik masih terletak di tangan saudari kerana saudari lebih arif dengan latar
belakang teman lelaki berbanding Dang Setia. Semuanya perlukan kekuatan dan
rasionalkan fikiran dengan lebih optimis. Sekurang-kurangnya, bekas teman lelaki
mengakui kesalahannya dan tidak meletakkan beban kehormatan tercalar itu
terhadap saudari.
Jangan terburu-buru serta fikirkan kesan setiap
pilihan. Elakkan diri bertemu mahupun layan sebarang mesej atau panggilan bagi
memberi saudari ruang untuk membuat pilihan.
0 Response to "Kisah Benar!Nur Fauzana Di Rog0L Di Rumah Keluarga Teman Lelakinya"
Post a Comment