Pengakuan
Lelaki ini
Merokok
dari form3..
Umor
skrang dah 27thn..
Start
vape 4bulan lepas (tak sentuh rokok dari start vape)
Persoalan adakah
penggunaan rokok elektronik membahayakan kesihatan atau benar-benar dapat
membantu mereka yang ingin meninggalkan rokok tembakau masih menjadi perdebatan
para saintis dan pakar perubatan sedunia.
Namun beberapa kajian
perubatan terbaharu mula menunjukkan kesan positif penggunaan rokok elektronik
atau lebih dikenali sebagai 'vaping.'
Kajian dikendalikan
pakar kardiologi Dr Konstantinos Farsalinos yang melihat dengan lebih dekat
bagaimana alat gantian tembakau yang semakin popular itu digunakan dalam situasi
sebenar.
Hasil kajian yang
diterbitkan di dalam jurnal dalam talian pada Mei 2015 bertajuk "Addiction"
mendapati e-rokok generasi ketiga (peranti dengan penggunaan kuasa bateri yang
boleh dilaras) mampu menghasilkan formaldehid yang boleh menyebabkan kanser,
namun ia hanya berlaku dalam keadaan "ekstrem".

Secara
umumnya, kandungan cecair e-rokok terdiri daripada propilena glikol, gliserol,
atau kedua-duanya, ditambah dengan nikotin dan bahan kimia
perisa.
Formaldehid terbentuk
hasil daripada tindak balas propilena glikol dan gliserol ketika
pengewapan.
Kajian Farsalinos
mendapati apabila peranti itu menggunakan kuasa terlalu tinggi, ia akan
menghasilkan wap kering atau "dry puff."

"Namun
wap kering itu akan menyebabkan rasa kurang menyenangkan dalam mulut perokok,
sekali gus menyebabkan mereka enggan menghisap 'vape' dalam keadaan berkenaan,"
katanya.
Tambahnya, biarpun
formaldehid turut dibebaskan menerusi e-rokok, kadarnya jauh lebih rendah
berbanding rokok tembakau.
0 Response to "LELAKI INI TELAH MENGHISAP VAPE SELAMA 4 BULAN, LIHAT KEADAAN PARU-PARUNYA AMAT MENGEJUTKAN"
Post a Comment