
Sebagai seorang juri,
menjadi salah satu tanggungjawab kepada saya untuk memberi komen yang jujur agar
dapat lagi memperbaiki segala kekurangan.
Kita manusia memang
tidak pernah sempurna, namun kalau kesalahan yang jelas di mata awam, apakah
kami sebagai juri terpaksa menafikan dan memberikan pujian. Bukankah ini akan
dikatakan hipokrit.
Kami pula dibayar untuk
komen dan kritik tentang persembahan, bukannya condemn tentang keperibadian
seseorang. Jika kamu tidak mahu dikritik, maka tempat kamu bukan di dalam
pertandingan. Hormat sebagai penyanyi veteran itu tetap ada, tapi saya tidak
mahu menyembunyikan apa yang jelas.
Tidak perlulah
mengatakan pada sebelah pihak sepertinya saya dan AC adalah pihak yang jahat dan
bersalah. Kami bukannya tidak mengenali ibu anda. Sekarang siapa yang juri, awak
atau saya. Kata M.Nasir kepada utusan Online.
Jika ada kesalahan dalam
tutur bahasa kami, harap janganlah tersinggung dan menjadi seperti tipikal
Melayu, macam mana melayu nak maju kalau kena kritik sikit sudah melalak satu
Malaysia. Segala apa yang bernas itu harap dijadikan teladan, seandai buruk kata
kami, harap jangan terasa dan kami mohon maaf itu adalah tugas kami.
0 Response to "M.NASIR RESPON TUNTUTAN PERMOHONAN MAAF KEPADA IBU BIENDA"
Post a Comment