Siti Nordiana antara peserta kegemaran penonton
dalam Gegar Vaganza musim kedua ini.
Minggu keenam pertandingan Gegar Vaganza 2 (GV2)
menyaksikan ia terus mendapat perhatian ramai.
Berbeza dengan musim pertama tahun lalu, impak
pertandingan ini nyata lebih terasa kali ini.
Ramai berpendapat GV2 benar-benar berjaya
mengembalikan kegemilangan sebahagian besar bintang yang
menyertainya.
Berdasarkan perbualan di laman sosial, kami
senaraikan lima sebab mengapa GV2 menjadi trending musim ini.
Menerusi Astro Awani, kami kongsikan 5 sebab utama
kenapa Gegar Vaganza lebih ‘trending’ musim ini berbanding musim
lepas.
![]() |
5 sebab kenapa Gegar Vaganza 'trending' musim ini |
1. PENYERTAAN PENYANYI BERKELAS A
Majoriti peserta tahun ini adalah penyanyi yang
berada dalam kelas tersendiri dan bukannya one hit wonder. Kebanyakan daripada
mereka punya lebih daripada lima buah lagu yang menjadi siulan ramai satu ketika
dahulu. Nama mereka juga bukan calang-calang pada zaman mereka.
2. SITI NORDIANA (NANA) DAN FARADHIYA
Tanpa mengetepikan saingan dan pengaruh dari
peserta lain, dua nama ini memberi impak yang bukan sedikit kepada penonton.
Ramai yang melihat kedua-dua mereka seperti baharu keluar dari kepompong; Nana
berjaya meletakkan dirinya jauh daripada identiti penyanyi remaja, manakala
Faradhiya membuatkan penonton kembali mengingati bahawa forte asalnya adalah
nyanyian.
3. NABIL DAN JIHAN
Gandingan dua pengacara ini menerima reaksi yang
bercampur baur daripada penonton di peringkat awalnya. Nabil terutamanya, sering
dikritik gara-gara sikapnya yang gemar menyampuk ketika juri memberikan komen.
Namun hakikatnya, mereka adalah penyumbang kepada kemeriahan GV2. Ini terbukti
apabila penonton mula panik selepas pihak produksi menggertak untuk
menyingkirkan kedua-dua mereka.
4. JURI
Penglibatan juri juga antara faktor yang
membangkitkan ‘seri’ GV2. Pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS, pernah
digeruni kerana ketegasan dan personalitinya yang nampak garang. Namun itu semua
cerita lama kerana semenjak kebelakangan ini, beliau tampak lebih relaks,
sekaligus menyerlah sisi humour yang dimilikinya.
5. PEMILIHAN LAGU
Konsep Gegar Vaganza yang lebih mengutamakan
lagu-lagu yang pernah popular di era 80an dan 90an sememangnya menjadi.
Lagu-lagu di dua zaman itu kebanyakannya malar segar, dan sudah tentu membuatkan
penonton ternanti-nanti gaya persembahan dan nafas baharu dari peserta yang
bertanding.
0 Response to "RAHSIA KENAPA GV2 LEBIH 'TRENDING' MUSIM INI"
Post a Comment