
KISAH percintaan seseorang
boleh jadi indah dan unik jika dua insan yang dijodohkan bersama itu memahami
antara satu sama lain.
Lihat sahaja pasangan dari
California ini, mereka tidak memerlukan emas permata untuk jadi bukti kisah
cinta mereka.
Carlee Leifkes dan Lucas
Unger telah bertunang pada hari Halloween lalu dan cincin yang diberikan kepada
Carlee ternyata menarik perhatian semua orang.
Pada hari bersejarah itu,
Lucas melamar Carlee dan memberikan wanita itu sebentuk cincin yang diperbuat
daripada gigi bongsunya.

Pasangan unik itu bertemu
di festival muzik di tempat asal Lucas di Kanada.
“Bila kami bincang
mengenainya, kami berasakan cincin berlian terlalu
membosankan.
“Dia tidak
memerlukan berlian untuk membuktikan cintanya. Dia telah tunjukkannya dengan
berpindah dari Kanada untuk bersama dengan saya,” kata
Carlee.
Mereka juga menyatakan
bahawa mereka tidak pernah mengikut cara tradisional dalam berpasangan dan
mengapa perlu memulakannya.

Cincin bertakhtakan gigi
itu diberikan di hadapan keluarga dan sanak-saudara ketika mereka sedang
meraikan pesta Halloween baru-baru ini.
0 Response to "RARE - Wanita Dilamar Dengan Cincin Diperbuat Daripada Gigi Tunangnya"
Post a Comment