
Riyadh: Seorang remaja berusia 16 tahun perlu
membayar SR16 juta (RM18.2 juta) kepada keluarga seorang remaja yang dibunuhnya
dalam satu pergaduhan dua tahun lalu untuk mengelak hukuman mati yang dijatuhkan
ke atasnya.
Hakim di Hail, bandar di barat laut Saudi
kelmarin memberikan tempoh dua bulan kepada keluarga Hamad Al Shammari untuk
mengumpulkan diya atau wang darah untuk dibayar kepada keluarga mangsanya Khaled
Hamad Khleef.
Akhbar Sabq melaporkan, kempen mengumpulkan
wang itu dilancarkan ketua kabilah Hamad, Sheikh Dhari bin Mohammed dengan
sumbangan SR500,000 (RM569,000).
Dia menggesa anggota kabilah berkenaan dan
rakyat Saudi turut menyumbang untuk mengelakkan Hamad daripada dipancung.
“Saya merayu semua anggota kabilah yang baik
hati supaya menderma untuk membayar wang darah dan menyelamatkan nyawa anak
saya,” kata ibu defendan .
Menurut undang-undang syariah yang diamalkan di
Arab Saudi, mereka yang didapati bersalah membunuh boleh dibebaskan dan mengelak
daripada hukuman mati jika dimaafkan oleh keluarga mangsa selepas membayar
diya.
Pihak berkuasa Arab Saudi menetapkan jumlah
diya sebanyak SR300,000 (RM341,004) tetapi keluarga mangsa boleh menaikkan
jumlah itu sesuka hati mereka.
0 Response to "RM18 Juta Ganti Hukum Pancung"
Post a Comment